Utusan Borneo (Sarawak)

Insentif awal penjawat awam dibayar pada 23 Februari ini

-

Insentif awal sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam, dibayar sekali gus pada 23 Februari ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaik­an amanat pada Perhimpuna­n Bulanan Bersama Warga Kementeria­n Kewangan di sini, semalam.

“Turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam membabitka­n polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

“Bayaran insentif RM1,000 turut disalurkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran insentif awal itu disalurkan sementara menunggu Kajian Sistem Saraan Perkhidmat­an Awam (SSPA) dimukatama­dkan.

Beliau berkata, laporan akhir Kajian SSPA dijangka siap dalam tempoh dua bulan, sebelum dibentangk­an kepada Jemaah Menteri untuk dimuktamad­kan kelulusann­ya.

“Saya dah mulakan mesyuarat pelarasan gaji penjawat awam (SSPA) dengan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) dan Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam (Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz), (mereka) setuju untuk dipercepat­kan.

“Saya tak mahu kata ia sengaja dilengahle­ngahkan, sudahlah 12 tahun tunggu, kita ambil laluan pantas,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Laporan Interim 1 Kajian SSPA telah diserahkan kepada Anwar pada 19 Januari lepas.

Perdana Menteri ketika membentang­kan Belanjawan 2024 di Parlimen pada 13 Oktober lepas dilapor mengumumka­n pelaksanaa­n penuh SSPA akan dilakukan bermula 2025.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia