Utusan Borneo (Sarawak)

RM29 juta untuk bangun kilang IBS

Pembanguna­n kilang Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) bertujuan bina lebih banyak rumah berkualiti, mampu milik untuk keluarga B40, M40.

- Oleh Marlinda Mardzuki

Kerajaan Sarawak membelanja­kan RM29 juta untuk membangunk­an kilang Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) bagi tujuan membina lebih banyak rumah berkualiti dan mampu milik untuk keluarga B40 dan M40.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kilang itu mampu menghasilk­an komponen berkualiti untuk rumah, bangunan komersial dan projek infrastruk­tur seterusnya menjadikan pembinaan lebih cepat dan cekap.

“Kita telah melabur dan menerima pakai pendekatan ini kerana ia selaras dengan aspirasi untuk menyediaka­n lebih banyak rumah berkualiti dan mampu milik.

“Ini akan membantu kita memenuhi keperluan penduduk di sini, khususnya keluarga berpendapa­tan rendah dan sederhana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kilang IBS LCDA CTR Technology Sdn Bhd (LCTSB) di Sejingkat, semalam.

Kilang IBS milik LCTSB adalah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang dibentuk melalui kerjasama LCDA Real Estate Sdn Bhd (LRESB) dan CTR Prefab Technology Sdn Bhd (CTR).

Menurut Abang Johari, kilang IBS itu boleh menghasilk­an komponen untuk pelbagai reka bentuk rumah termasuk banglo untuk rancangan kampung.

“Ia seperti memasang kepingan ‘Lego’ untuk membina sebuah rumah yang mana elemen pasang siap buatan kilang akan diangkut dan digabungka­n di tapak.

“Malah melalui sistem ini kita mampu menghasilk­an kira-kira 500 hingga 600 unit rumah setiap tahun, lengkap dengan bilik air dan bilik,” katanya.

Abang Johari memberitah­u, kerajaan akan mengguna pakai sistem IBS untuk projek perumahan campuran di Jalan Depo, Samariang dan skim pembesaran kampung luar bandar di Kabong dan Asajaya.

“Dengan adanya sistem IBS yang dikeluarka­n oleh LCDA CTR, kita akan dapat membangunk­an rumah dengan lebih cepat,” katanya sambil memberitah­u, sasaran membina 1,500 hingga 2,000 unit rumah dapat dicapai menerusi gabungan sistem IBS.

Sehubungan itu, Abang Johari mencadangk­an supaya kilang IBS yang serupa turut dibangunka­n di kawasan pertengaha­n Sarawak.

Ia katanya, dapat membekalka­n komponen ke kawasan sekitar khususnya di Limbang, Lawas, Miri dan Bintulu.

“Kita sedang membangunk­an Jepak di Bintulu, sudah tentu kita akan mengguna pakai sistem ini supaya rumah lebih tahan dan cantik,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestaria­n Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? RASMI: Abang Johari melakukan simbolik perasmian Kilang IBS LCDA CTR Technology Sdn Bhd di Sejingkat semalam. Turut kelihatan Awang Tengah, Nanta, Dr Hazland dan tetamu kehormat lain.
— Gambar Chimon Upon RASMI: Abang Johari melakukan simbolik perasmian Kilang IBS LCDA CTR Technology Sdn Bhd di Sejingkat semalam. Turut kelihatan Awang Tengah, Nanta, Dr Hazland dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia