Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki mengaku bersalah tuduhan menyebabka­n kematian isterinya

-

KUCHING: Seorang lelaki mengaku bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan menyebabka­n kematian isterinya yang berusia 43 tahun dalam kejadian di Siburan dekat sini, pada 22 Januari lalu.

Abang Ahmad Zaki Mohd Ladi, 42, membuat pengakuan tersebut sebaik didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu sekitar jam 8.30 pagi di sebuah rumah di Taman Duranda Emas di sini pada 22 Januari 2024.

Sebaik pengakuan bersalah direkodkan, Hakim Musli Abdul Hamid menetapkan kes disebut semula pada 6 Mac 2024.

Perintah itu dikeluarka­n Musli setelah membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian yang menyatakan laporan kimia belum tersedia.

Ruvinasini juga tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh atas alasan kesalahan dilakukan adalah kesalahan serius dan tidak boleh diikat jamin.

Berikutan itu, Musli memerintah­kan tertuduh direman lanjut di Penjara Puncak Borneo, selain mengingatk­an tertuduh untuk mendapatka­n khidmat peguam semasa atau sebelum sebutan kes berikutnya.

Dalam pada itu menurut laporan terdahulu, Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den

Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mangsa mati mengejut hanya beberapa jam selepas dipukul suaminya ketika bertengkar di rumah sewa mereka di Siburan, di sini.

Menurut Abang Zainal, punca kejadian dipercayai disebabkan mangsa menghalau dan menuntut cerai daripada suaminya yang enggan bekerja sejak setahun lalu.

Katanya, suami mangsa juga sering meminta wang tetapi tidak membantuny­a berniaga serta hanya makan dan tidur sahaja.

 ?? ?? MENGAKU: Tertuduh (kiri) diiring polis keluar dari kamar mahkamah selesai sebutan kes.
MENGAKU: Tertuduh (kiri) diiring polis keluar dari kamar mahkamah selesai sebutan kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia