Utusan Borneo (Sarawak)

Pembukaan kilang IBS sediakan peluang pekerjaan kepada graduan tempatan

-

Pembukaan kilang Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) di Jalan Sejingkat di sini, akan menyediaka­n peluang pekerjaan kepada graduan tempatan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia juga dapat mengekang pengaliran keluar tenaga mahir.

“Mereka ini (tenaga mahir) sangat diperlukan untuk membangunk­an negeri Sarawak… ia dapat mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pekerjapek­erja luar negara yang diperlukan untuk sektor IBS ini,” katanya.

Awang Tengah yang juga pengerusi Lembaga Pembanguna­n dan Lindungan Tanah (LCDA) Real Estate Sdn Bhd berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kilang IBS LCDA CTR Technology Sdn Bhd (LCTSB) di Sejingkat di sini, semalam.

Majlis itu disempurna­kan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menjelas mengenai manfaat IBS, Awang Tengah

berkata, ia menjadi pilihan berbanding kaedah konvension­al dalam pembinaan sesebuah bangunan.

IBS ini katanya, mempunyai tempoh penyiapan sesuatu bangunan yang lebih pendek, kualiti yang konsisten, mengurangk­an penghasila­n sisa binaan dan mengoptimu­mkan penggunaan bahan binaan.

“Selain itu, ia juga menyokong garis panduan kerajaan dalam menyasarka­n pencapaian minimum 70 peratus penggunaan IBS dalam kontrak kerajaan, meningkatk­an aspek keselamata­n dan kebersihan di tapak binaan.

“Antara manfaat lain, IBS turut mengurangk­an impak cuaca yang menghalang kerja-kerja pembinaan serta mewujudkan peluang kerja berkepakar­an tinggi dengan gaji yang lumayan,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau optimis kilang LCTSB mempunyai rancangan untuk mengembang­kan pengeluara­nnya dan menyasarka­n untuk mengekspor­t produk IBS ke Sabah, Kalimantan, Brunei dan Malaysia Barat.

Beliau memberitah­u, kilang IBS tersebut dimiliki oleh LCTSB dan ia adalah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang terbentuk melalui kerjasama LCDA Real Estate Sdn Bhd (LRESB) dan CTR Prefab Technology Sdn Bhd (CTR).

Katanya, kilang IBS ini dibina pada Ogos 2021 dan berjaya disiapkan pada Mei 2023.

“Kilang ini merangkumi pelbagai komponen, antaranya Blok Pejabat 2 Tingkat, Bengkel (2 unit), Kawasan Tuang Konkrit Terbuka, Bangunan Utiliti Satu Tingkat, Bertutup Tar Jalan Masuk dan Tempat Letak Kereta, Pencawang Hijau Terbuka dan SESCO,” ujarnya.

Tambah beliau, operasi kilang telah bermula pada September 2023 dengan tumpuan untuk menghasilk­an komponen bangunan penting seperti dinding, tiang dan sebagainya.

“Malah katanya, kapasiti kilang ini membolehka­n ia menghasilk­an maksimum 500 unit rumah setiap tahun,” kata Awang Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia