Utusan Borneo (Sarawak)

SEDC Energy umum kerjasama dengan MARC untuk BETC 2024

-

SEDC Energy, sebuah agensi tenaga baharu di Sarawak telah mengumumka­n kerjasama dengan Malaysia Rating Corporatio­n Berhad (MARC) untuk Persidanga­n Peralihan Tenaga Borneo (BETC) 2024 pada 26-27 Februari ini.

Menurut satu kenyataan pihaknya semalam, persidanga­n dua hari itu akan menjadi perhimpuna­n penting, membawa bersama ahli fikir yang terdiri daripada pemimpin yang berwawasan, pembuat perubahan dan pakar industri untuk secara kolektif meneroka idea dan memangkin tindakan tegas ke arah membentuk landskap tenaga mampan di rantau ini.

Ketua Pegawai Ekseku

tif SEDC Energy Robert Hardin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARC

Datuk Jamaludin Nasir juga telah mengadakan kunjungan hormat sebelum itu terhadap

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kunjungan tersebut menggarisk­an kepentinga­n strategik kerjasama dan potensi kesannya terhadap sektor tenaga dalam wilayah ini.

Hadir pada taklimat itu adalah Ketua Pegawai Operasi Tenaga SEDC Foo Kim Leong Pengurus Komunikasi Korporat SEDC Dennis Harun Wong dan Ketua Pegawai Komersial MARC Badrul Hisham Zawawi, menandakan komitmen kedua-dua organisasi kepada kejayaan persidanga­n terbabit.

“Kami berbangga mempunyai MARC sebagai rakan kongsi strategik kerjasama untuk persidanga­n ini.

“Dengan adanya sokongan ini akan membantu membina reputasi kami sebagai pemain tenaga baharu di rantau ini, juga meletakkan Sarawak pada peta dunia.

“Setakat ini, kami telah mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada penaja dan peserta walaupun ia merupakan acara jemputan eksklusif,” katanya.

Beliau bahkan berharap BETC akan dianjurkan sebagai acara utama selepas ini sekiranya ia berjalan dengan baik.

Jamaludin pula berkata pihaknya berbesar hati menjadi rakan kongsi strategik untuk BETC 2024.

Kerjasama tersebut selaras dengan komitmen pihaknya untuk memupuk inovasi dan kemampanan dalam sektor tenaga.

 ?? ?? KUNJUNGAN: Robert dan Jamaludin ketika mengadakan pertemuan dengan Abang Johari barubaru ini.
KUNJUNGAN: Robert dan Jamaludin ketika mengadakan pertemuan dengan Abang Johari barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia