Utusan Borneo (Sarawak)

Depot ART Rembus siap hujung tahun 2025

Fasa pertama Laluan Biru, depot dijangka siap suku keempat 2025 sebelum beroperasi awal 2026

- Oleh Jessica Jawing Dato Sri Lee Kim Shin Menteri Pengangkut­an Sarawak

Walaupun kita mulakan ia pada masa itu (2025) tetapi kita masih perlu melakukan percubaan dan sebagainya.

KOTA SAMARAHAN: Projek pembinaan Depot Transit Aliran Automasi (ART) Rembus di sini, dijangka siap pada penghujung tahun 2025 dan beroperasi sepenuhnya 2026.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, fasa pertama Laluan Biru dan Depot ART Rembus itu dijangka siap pada suku keempat tahun 2025 sebelum ia beroperasi awal tahun 2026.

“Walaupun kita mulakan ia pada masa itu (2025) tetapi kita masih perlu melakukan percubaan dan sebagainya.

“Maka, menjelang awal tahun 2026 kita berharap dapat menyediaka­n perkhidmat­an tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja projek pembinaan bangunan utama Depot ART Rembus di sini, semalam.

Lee berkata tapak projek telah diserahkan kepada kontraktor pada Disember tahun lepas dan tender juga telah dianugerah­kan kepada mereka.

Semalam katanya, kontraktor memulakan cerucuk utama mereka iaitu pembinaan bengkel mekanikal.

“Projek menelan kos kirakira RM260 juta yang terdiri daripada enam komponen iaitu bengkel mekanikal, bengkel infrastruk­tur, pusat kawalan operasi dan bangunan pentadbira­n selain stesen minyak hidrogen serta limbungan dan trek ujian.

“Projek dijadual diserahkan kepada kontraktor untuk perkhidmat­an bagi Laluan Biru pada penghujung tahun 2025,” katanya.

Lee berkata, beliau menekankan kepada kontrakor agar mereka berusaha sedaya upaya menyiapkan projek mengikut jadual dan tidak mahu melihat sebarang kelewatan atau sebarang alasan kerana lewat (menyiapkan projek).

Beliau berkata kementeria­nnya dan Sarawak Metro, yang merupakan pelaksana Sistem Pengangkut­an Bandar Kuching (KUTS) akan memantau rapat projek tersebut dan berharap kontraktor memenuhi semua keperluan mengikut spesifikas­i dan kontrak.

“Kami akan memantau

projek ini dengan teliti kerana kita mempunyai jadual yang sangat padat untuk semua kemudahan ini (ART) mesti disiapkan sebelum ART tiba.

“Jika kemudahan tidak

siap, ART kita juga tidak dapat beroperasi,” katanya.

Menurut beliau projek usahasama itu dianugerah­kan kepada tiga syarikat kontraktor iaitu Azam Sehasrat Sdn Bhd, IJM Constructi­on Sdn

Bhd dan Unique Deco Sdn Bhd.

Projek berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha KUTS yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2027.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? LAWAT: Lee (tengah) bersama wakil Sarawak Metro dan kontraktor melihat pelan projek Depot ART Rembus di Kota Samarahan, semalam.
— Gambar Roystein Emmor LAWAT: Lee (tengah) bersama wakil Sarawak Metro dan kontraktor melihat pelan projek Depot ART Rembus di Kota Samarahan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia