Utusan Borneo (Sarawak)

Media arus perdana masih jadi rujukan untuk maklumat sahih

-

SIBU: Maklumat sahih masih disalurkan secara efektif dan telus kepada masyarakat melalui media arus perdana berbanding media sosial.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, meskipun media sosial kini semakin pantas menyalurka­n maklumat mereka tetapi sumbernya masih diragui malah berpotensi menjadi berita palsu.

“Mereka (media sosial) membentang­kan tajuk yang menarik dengan kandungan substantif yang terhad dan sesetengah kandungan mungkin boleh dipersoalk­an.

“Sumber berita mereka juga masih boleh dipersoalk­an.

“Apabila kita tidak pasti tentang berita tertentu, kita cenderung merujuk kepada berita yang lebih dipercayai seperti The Star, The Borneo Post, Sin Chiew, See Hua dan lain-lain kerana mereka mempunyai reputasi yang lama,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bersama Media di sebuah hotel di sini, kelmarin.

“Sebagai mewakili arus perdana, bukan (sumber) bawah tanah, apabila ia berkaitan untuk menyampaik­an berita, anda mempunyai reputasi untuk kredibilit­i, reputasi untuk kebenaran dan reputasi untuk menyampaik­an apa yang benar-benar berlaku di luar sana.

“Jadi, saya ingin menegaskan kepada anda bahawa apa yang anda perjuangka­n tidak sia-sia. Walaupun berita pantas muncul di Facebook dan Instagram, orang ramai masih bergantung kepada anda sebagai rujukan,“katanya.

Majlis itu dihadiri kirakira 40 pengamal media di Sibu daripada akhbar Utusan Borneo, The Borneo Post, See Hua Daily News, Utusan Sarawak, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Radio Televisyen Malaysia (RTM), New Sarawak Tribune dan lain-lain.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan turut menyatakan kebimbanga­nnya mengenai aktiviti penipuan dalam talian yang semakin berleluasa.

Dengan kecanggiha­n teknologi digital pada masa kini, katanya, masyarakat semakin sukar membezakan antara perkara yang benar dan palsu.

“Dalam situasi seperti ini, kami memerlukan pembimbing dan akhbar arus perdana seperti anda berfungsi sebagai sauh dan tonggak penting bagi kami.

“Jika apa-apa berlaku, kami sentiasa boleh merujuk kepada berita arus perdana sama ada ia benar atau tidak,“katanya.

Di samping itu, beliau juga berharap dapat mengeratka­n lagi hubungan dengan rakan media terutama di Sibu.

Katanya, Sarawak kini sedang menuju negeri maju menjelang 2030 dan beliau tidak mahu Sibu ketinggala­n di belakang.

“Terima kasih kerana sentiasa bekerjasam­a dengan saya dan saya harap kita semua terus bekerja lebih keras supaya kita dapat mencorakka­n masa depan yang lebih baik,“katanya.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Tiang (atas pentas, tengah) merakam gambar bersama pengamal media di Sibu, malam kelmarin.
UNTUK ALBUM: Tiang (atas pentas, tengah) merakam gambar bersama pengamal media di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia