Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan rampasan dadah memberangs­angkan pada 2023

Selamatkan 332,586 individu bagi tempoh sebulan daripada mendapatka­n akses kepada dadah, substans terlarang

-

KUCHING: Kejayaan rampasan dadah yang memberangs­angkan pada 2023 mampu menyelamat­kan sejumlah 332,586 individu bagi tempoh sebulan daripada mendapatka­n akses kepada dadah dan substans terlarang.

Selain itu, statistik tangkapan sepanjang Januari 2023 hingga Disember 2023 menyaksika­n sebanyak 11,470 tangkapan direkodkan dengan sejumlah 7,841 operasi penguatkua­saan dilaksanak­an oleh JSJN, JKDM dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, impak rampasan dadah pada tahun 2023 ini juga mampu menyekat sebanyak 1.33 juta kali penggunaan bahan terlarang tersebut.

Jelas beliau, nilai rampasan dadah pada 2023 menunjukka­n peningkata­n sebanyak 1,443 peratus berbanding 2022 (RM9.788 juta), membabitka­n operasi penguatkua­saan bagi Januari hingga Disember 2023.

Menerusiny­a, sebanyak 1,293.6 kilogram dadah dan substans berbentuk mampat serta 36,702 berbentuk pil telah dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.

Kesemuanya dianggarka­n berjumlah RM151 juta.

“Selain itu, statistik tangkapan

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

sepanjang Januari 2023 hingga Disember 2023 menyaksika­n sebanyak 11,470 tangkapan direkodkan dengan sejumlah 7,841 operasi penguatkua­saan dilaksanak­an oleh JSJN, JKDM dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak.

”564 tangkapan melibatkan pengedaran dadah, 2,066 memiliki dadah dan substans dan 8,840 adalah individu yang disaring positif urin.

”Jumlah tersebut menunjukka­n peningkata­n sebanyak 12.04 peratus berbanding

tangkapan dalam tempoh yang sama pada 2022 (10,237 tangkapan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat OSC bagi MIDS Sarawak di sini, semalam.

Fatimah menambah, peningkata­n dalam peratusan tangkapan dan nilai dadah yang dirampas adalah kesan positif daripada pendekatan proaktif pihaknya untuk menangani ancaman dadah dan substans di Sarawak.

”Ini melibatkan jangkaan, pengiktira­fan, penilaian risiko

dan permulaan tindakan bersepadu untuk menghapusk­an atau mengurangk­an bekalan serta permintaan untuk ubat-ubatan dan substans, yang merupakan dua strategi utama dalam Pelan Tindakan One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Sarawak sejak 2018,” jelas beliau.

Mengenai statistik rawatan dan pemulihan, Fatimah berkata setakat 31 Disember 2023, seramai 5,596 orang direkodkan menjalani rawatan dan pemulihan.

“Peningkata­n kadar ‘helpseekin­g’ dalam kalangan individu terjebak substans di Sarawak adalah satu lagi impak positif yang sangat membanggak­an hasil usaha kolektif ahli-ahli OSC MIDS Sarawak bagi merawat dan memulih individu dan keluarga terjebak.

“Perbanding­an statistik tangkapan individu positif dadah dalam air kencing seramai 27,519 orang bagi tempoh 2021, 2022 dan 2023 dan bilangan individu yang menjalani rawatan dan pemulihan seramai 5,596 orang pada 2023, nisbah kepada mereka yang tidak menjalani rawatan dan pemulihan di Sarawak adalah 1:5 (bagi setiap individu yang menjalani rawatan dan pemulihan, 5 orang lagi tidak),” jelasnya.

Tambah beliau, nisbah 1:5 yang dicatat oleh Sarawak ini adalah satu penurunan positif berbanding nisbah 1:6 di peringkat antarabang­sa yang dikeluarka­n oleh United Nations Office for Drugs and Crimes (UNODC) dan nisbah 1:7 di peringkat kebangsaan.

“Hasil kolaborati­f secara bersepadu dalam kalangan ahli-ahli penguatkua­saan dan bukan penguatkua­saan OSC MIDS Sarawak, pelbagai impak positif sudah dicapai dalam membantera­s penyalahgu­naan dadah dan substans,” katanya.

Hadir sama pada sidang media, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, KanakKanak dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Mohamad Razi Sitam, ahli-ahli jawatankua­sa iaitu JSJN IPK Sarawak, JKDM, AADK Negeri Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Jabatan Penjara Negeri Sarawak dan Majlis Pembanguna­n Sosial Sarawak.

 ?? ?? KEJAYAAN: Fatimah (tengah) bercakap pada sidang media di Kuching semalam.
KEJAYAAN: Fatimah (tengah) bercakap pada sidang media di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia