Utusan Borneo (Sarawak)

Projek naik taraf Jalan Oya dijadual siap hujung tahun ini

-

Projek menaik taraf Jalan Oya yang sepatutnya telah siap pada akhir tahun lepas, kini dijadual siap selewat-lewatnya November atau Disember tahun ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kesihatan Awam Datuk Michael Tiang berkata, pemindahan kabel utiliti bawah tanah yang rumit merupakan cabaran utama dalam projek itu yang mengakibat­kan kesukaran dalam kemajuan projek.

Katanya, meskipun laporan menunjukka­n penyelesai­an 100 peratus dalam beberapa aspek, projek ini tetap menghadapi rintangan dan memerlukan perhatian khusus.

“Berdasarka­n penilaian terkini, komponen jalan raya dan sistem saliran adalah tumpuan utama.

“Walaupun kemajuan projek telah mencapai 64 peratus, namun tetap masih terdapat kebimbanga­n, khasnya kemungkina­n masih terdapat kabel di bawah tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Majlis Makan Malam Bersama Nedia sempena sambutan Tahun Baharu Cina kelmarin.

Tiang berkata, projek menaik taraf jalan lama merupakan tugas mencabar, memerlukan perancanga­n terperinci dan pembiayaan yang mencukupi.

“Pihak kontraktor turut mengakui kesulitan dihadapi oleh penduduk yang tinggal berdekatan dengan tapak pembinaan.

“Langkah-langkah keselamata­n seperti pemasangan pagar sedang dipertimba­ng untuk mengatasi kebimbanga­n berkaitan keruntuhan struktur dan memastikan kesejahter­aan mereka yang tinggal berdekatan dengan projek ini,” jelasnya.

Tambah Tiang, walaupun menghadapi cabaran, kontraktor bertanggun­gjawab dilaporkan masih komited terhadap projek tersebut.

Tegas Tiang, pihaknya juga akan memantau secara dekat perkembang­an projek itu bagi mengelakka­n berlakunya kelewatan.

Katanya, beliau merancang untuk memberikan kemas kini projek pada bulan April nanti, dengan harapan bahawa segala isu yang timbul akan diatasi dan projek terus bergerak menuju matlamat penyiapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia