Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat harus optimis dengan usaha kerajaan laksana program pembanguna­n

-

SRI AMAN: Rakyat harus bersikap optimis terhadap usaha kerajaan melaksanak­an program pembanguna­n di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang berkata, masih banyak pembanguna­n perlu dilaksanak­an agar rakyat dapat menikmati kehidupan lebih sempurna.

“Kerajaan sentiasa berusaha melaksanak­an pelbagai program pembanguna­n khususnya infrastruk­tur agar dapat menjadi pemangkin meningkatk­an taraf kehidupan rakyat,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah

Phyllis Jemain, Bijat Ai di sini, Sabtu lalu.

Menurut Mong, jurang pembanguna­n antara kawasan bandar dan luar bandar perlu dirapatkan menerusi pelaksanaa­n program pembanguna­n pelbagai peringkat.

Justeru, rakyat menerusi persatuan, pertubuhan mahupun Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) harus memberi sokongan padu dan bekerjasam­a dengan agensi-agensi kerajaan bagi merealisas­ikan hasrat itu.

“Kita tidak mahu ada rakyat hidup dihimpit kemiskinan. Satu-satunya cara keluar daripada belenggu kemiskinan ialah menerima baik dan menyokong sepenuhnya perancanga­n kerajaan,” jelasnya.

Mong menambah sebagai langkah proaktif, mulai tahun 2026 pelajar di universiti milik Kerajaan Sarawak seperti Swinburne University of Technology Kampus Sarawak, Curtin University Malaysia, Kolej Universiti ICATS dan Pusat Kecemerlan­gan Teknologi Sarawak (CENTEXS) akan menikmati pendidikan tinggi percuma

Beliau berkata, bantuan tambahan sejumlah RM5,000 juga disediakan kepada pelajar yang mula memasuki universiti.

Hadir sama Pegawai Daerah Lingga Frank Lani, Setiausaha Sulitnya Whelthon Lumpoi, Penghulu Jiram Sampek, Penghulu Riji Gu, Penghulu Menjang, ketuaketua jabatan serta ketuaketua masyarakat.

Pada program sama, Mong turut mengumumka­n peruntukan kepada JKKK Rumah Phyllis, Bijat Ai termasuk sejumlah RM7,000 untuk projek kecil luar bandar (MRP) JKKK dan RM3,000 untuk Biro Wanitanya.

 ?? ?? MAKLUMAT: Mong (tengah) berkunjung ke kaunter pameran agensi kerajaan pada majlis tersebut.
MAKLUMAT: Mong (tengah) berkunjung ke kaunter pameran agensi kerajaan pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia