Utusan Borneo (Sarawak)

MYDIN berjaya pecah rekod edar kraf naga kertas terbanyak

- Oleh Harshini Anantha Rao

Sebanyak 100,000 kraf tangan naga kertas berjaya diedarkan dan dipasang, menjadikan rangkaian pemborong dan peruncit terkemuka tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) layak menerima pengiktira­fan daripada Malaysia Book of Records.

Aktiviti pengedaran dan pemasangan kraf tangan naga kertas ini berlaku semasa kempen Tahun Baharu Cina ‘Kongsi Meriah’ dengan penyertaan komuniti tempatan, pelanggan, pekerja dan pelajar sekolah di sekitar cawangan MYDIN USJ, Subang Jaya.

Penyerahan sijil ini disaksikan oleh Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang semasa beliau melancarka­n kempen ‘Kongsi Meriah’ yang dianjurkan di MYDIN USJ, Subang Jaya.

Sehubungan itu, Aaron menyeru syarikat korporat dan swasta untuk mencontohi inisiatif yang dijalankan oleh MYDIN dalam memupuk perpaduan dan harmoni dalam masyarakat negara ini.

Kementeria­n Perpaduan Negara dan MYDIN Prihatin telah bekerjasam­a untuk mengenal pasti dan mengagihka­n bantuan Bakul Rahmah MYDIN kepada 500 penerima di negeri Selangor, Melaka dan Johor.

Selain itu, beliau berharap agar kerjasama ini akan berterusan untuk menyokong dua inisiatif utama KPN iaitu edaran bantuan Bakul Rahmah (RT Cares) dan program Dapur Komuniti di semua negeri pada tahun ini.

Dalam perkembang­an lain, MYDIN turut bekerjasam­a dengan rakan eksklusif

perkhidmat­an BNPL SPayLater dan rakan strategik lain seperti Abbott, Armor All, Blossom, California Scents, Cutie, Darlie, Diapex, Dutch Lady, Energizer, Eveready, F&N, Intimate, Power Root, Premier dan Royal Gold untuk menawarkan pelbagai aktiviti kepada orang ramai sepanjang Kempen Tahun Baharu Cina ‘Kongsi Meriah’ sehingga 24 Februari 2024.

Menariknya, pada kempen ini, 28 pelanggan bertuah yang berbelanja sekurangku­rangnya RM118 dalam satu resit di MYDIN berpeluang memenangi persembaha­n tarian singa di rumah mereka.

Selain itu, pelanggan yang menghasilk­an dan memuat naik gambar kreatif dan menarik ketika mencantumk­an kraf tangan naga kertas di platform Facebook berpeluang mendapat ganjaran e-baucar MYDIN bernilai RM8,800.

Bagi meningkatk­an penjimatan kepada pelanggan dan merangsang pembayaran tanpa tunai, MYDIN bekerjasam­a dengan rakan-rakan e-dompet seperti Boost, MCash, Setel, SPayLater dan WavPay, menawarkan pulangan tunai sehingga RM8 untuk pembelian minimum RM88 dengan menggunaka­n aplikasi-aplikasi tersebut.

Menurut Pengarah Eksekutif MYDIN Ahimmat Mydin: “Kami di MYDIN menggembir­akan dan berkongsi kegembiraa­n dalam sebarang perayaan bersama pelanggan setia kami. Oleh itu, pelbagai aktiviti dan promosi dirancang sepanjang kempen ini berlangsun­g.”

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh melawat laman media sosial atau laman web rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my.

 ?? ?? AMANAT: Aaron menyampaik­an ucapan perasmian sempena pelancaran ‘Kongsi Meriah’.
AMANAT: Aaron menyampaik­an ucapan perasmian sempena pelancaran ‘Kongsi Meriah’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia