Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif GeKo mampu sedia sokongan, perkhidmat­an mencukupi kepada warga emas

-

Geriatrik Komuniti (GeKo) yang dipelopori oleh Klinik Kesihatan Kota Samarahan mampu menyediaka­n sokongan dan perkhidmat­an mencukupi kepada warga emas di Sarawak untuk menjalani kehidupan seharian.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) berkata, inisiatif itu juga dapat memastikan penuaan yang sihat, aktif dan produktif dengan memperkasa­kan warga emas, keluarga dan masyarakat secara amnya di Sarawak.

“GeKo merupakan inisiatif nasional pertama yang menyediaka­n penjagaan geriatrik khusus dalam komuniti melalui penjagaan utama dengan menyasarka­n ‘vulnerabil­ity’ melalui intervensi awal serta disasarkan.

“Pada masa sama, GeKo juga mengoptimu­mkan kapasiti orang tua dan untuk mengekalka­n tahap kebebasan yang munasabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program ‘Elderly Home Chinese New Year 2024 Celebratio­n Dinner’ anjuran Sarawak Hun Nam Siang Tng di sini, malam kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Hun Nam Siang Tng Tay Boon Sin serta Pengasas dan Pengerusi Persatuan Cintai Buku Kuching May Loo.

Fatimah berkata inisiatif GeKo itu mampu mempersiap­kan Sarawak menuju kepada negeri tua menjelang 2028.

Dalam pada itu katanya, inisiatif itu juga dapat membantu seberapa daya usaha untuk menjaga diri sendiri tanpa bantuan sesiapa pun sepanjang yang dapat.

“Itu adalah fokus utama kementeria­n kami bagi memastikan setiap warga emas berdikari tanpa memerlukan bantuan orang lain seberapa lama yang dapat.

“Dengan itu, kita perlu mengambil berat kesihatan kita yang bukan sahaja dari segi pemakanan tetapi juga dari segi fizikal, mental dan emosi,” katanya.

 ?? — Gambar UKAS ?? ALBUM: Fatimah merakam kenangan bersama yang lain pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Sarawak Hun Nam Siang Tng malam kelmarin.
— Gambar UKAS ALBUM: Fatimah merakam kenangan bersama yang lain pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina anjuran Sarawak Hun Nam Siang Tng malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia