Utusan Borneo (Sarawak)

Naik taraf Bulatan GK pasti legakan pengguna jalan raya di Miri

-

Pengguna yang berulang-alik melalui Jalan Miri-Pujut dan Miri-Kuala Baram, yang terpaksa berdepan dengan kesesakan di kawasan Bulatan Pujut 3 atau lebih dikenali Bulatan GK, pastinya lega apabila kerja awalan menaik taraf laluan itu bermula tahun ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja sehari ke Miri semalam.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man yang turut melahirkan rasa gembira dengan pengumuman itu semalam, berkata, projek menaik taraf kawasan tersebut memainkan peranan penting bagi warga Miri, kerana ia adalah salah satu punca utama kesesakan lalu lintas dari bahagian utara ke bahagian selatan bandar raya ini.

Katanya ‘bottleneck’ ini telah memberikan kesulitan kepada warga Miri, terutama pada waktu puncak yang selalu menyebabka­n kesesakan lalu lintas.

“Ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kualiti hidup penduduk tetapi juga menjadikan kawasan ini sebagai zon berisiko tinggi untuk kemalangan jalan raya.

“Melalui data yang kita peroleh, kita mendapati bahawa hampir setiap bulan terdapat kejadian kemalangan berlaku di kawasan tersebut.

“Oleh itu, pelaksanaa­n Projek Menaik Taraf Jalan Bulatan GK di Pujut 3 ini adalah sangat penting untuk meningkatk­an kelancaran lalu lintas, mengurangk­an kesesakan dan menurunkan kadar kemalangan jalan raya.

“Kami yakin bahawa selepas projek ini selesai, ia akan memberikan kemudahan yang lebih besar kepada warga Miri, mengurangk­an masalah kesesakan yang sering kali menyebabka­n pembaziran masa,” tambahnya.

Chiew juga berkata beliau akan terus memantau perkembang­an projek itu untuk memastikan ia berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Saya juga berhasrat terus mengemas kini perkembang­an projek ini di Parlimen tahun ini dan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kelancaran pelaksanaa­nnya, supaya warga Miri dapat menikmati manfaatnya dengan segera,” tambahnya.

Ini kerana menurut Chiew lagi, sejak beliau menjadi Ahli Parlimen Miri, antara fokus utama yang selalu dibangkitk­annya di dalam dan di luar Dewan Parlimen adalah mengenai projek menaik taraf jalan di Bulatan Pujut 3 (GK).

“Justeru, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada semua wakil rakyat yang terdahulu dan yang kini, kerana usaha berterusan mereka dalam memperjuan­gkan keperluan fasiliti yang lebih baik untuk rakyat Miri, termasuk projek ini.

“Maka pada tahun lepas, kita akhirnya menerima berita gembira bahawa projek naik taraf jalan di Bulatan GK ini, akhirnya dilaksanak­an kerja-kerja awalan pada tahun ini,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau amat berterima kasih kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Nanta (selaku Menteri Kerja Raya) yang begitu peka dengan suara rakyat Miri dan seterusnya meluluskan peruntukan untuk projek tersebut.

“Dalam semangat kerjasama dan kesatuan yang diperkukuh oleh Kerajaan MADANI, berita gembira ini sungguh memberikan semangat yang tinggi kepada rakyat di sini,” tambah Chiew lagi.

 ?? ?? CHIEW
CHIEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia