Utusan Borneo (Sarawak)

Tolak fahaman, ideologi ekstrem dalam media sosial

Ia perlu ditolak kerana bertentang­an dengan ajaran agama Islam, boleh cetus keadaan huru-hara dan perpecahan

- Oleh Mastura Ismail Timbalan Premier Sarawak

LAWAS: Masyarakat perlu terus menolak fahaman dan ideologi ekstrem yang menular dalam media sosial kerana boleh mencetuska­n keadaan huru-hara dan perpecahan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, fahaman dan ideologi ekstrem itu perlu ditolak kerana jelas bertentang­an dengan ajaran agama Islam.

“Kita tidak mahu masyarakat kita terpengaru­h dengan pelbagai perkembang­an tidak sihat yang banyak dibawa dalam media sosial.

“Kita perlu berusaha menolak perkembang­an tidak sihat ini kerana menyebabka­n masyarakat terpengaru­h, selain boleh menjejaska­n keimanan masyarakat Islam kerana boleh mencetuska­n perbalahan dan perpecahan dalam kalangan keluarga dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Persembaha­n Zikir Marhaban Lembaga Amanah Kebajikan Islam Limbang (LAKIL) di Masjid Datuk Pengiran Haji Matusin Kampung Dato Kuala Lawas.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, isteri Awang Tengah Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi, Pegawai Daerah Limbang, Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abidin Dato Pengiran Jawa,

Bendahari LAKIL Mahmud Amit dan tetamu lain.

Menteri Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar Kedua dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan itu berkata agama Islam mengajar umatnya kepada kedamaian.

“Agama Islam mengajar berlaku adil dan tidak ada ajaran agama mengajar kita berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri yang akhirnya menjejaska­n agama kita sendiri,” jelasnya.

Beliau berkata, pelbagai kemudahan disediakan kerajaan khususnya kepada institusi agama untuk melaksanak­an program keagamaan yang membawa kepada semangat

bersatu padu dan mengukuhka­n ukhuwah.

“Saya amat bangga walaupun banyak kekurangan di Masjid Kampung Dato Kuala Lawas namun masjid ini mampu menganjurk­an pelbagai program keagamaan.

“Malah, program keagamaan ini bukan sahaja disertai kalangan penduduk setempat tetapi melibatkan peserta dari Brunei, Sabah dengan aktiviti seperti pertanding­an zikir, hadrah dan pelbagai aktiviti keagamaan,” katanya.

Dalam pada itu, kira-kira 100 orang penzikir LAKIL Limbang melibatkan sembilan kampung Islam di Limbang menyertai program tersebut.

Kita tidak mahu masyarakat kita terpengaru­h dengan pelbagai perkembang­an tidak sihat yang banyak dibawa dalam media sosial.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

 ?? ?? MERIAH: (Depan, dari kiri) Dayang Morliah, Awang Tengah, Mahmud, Yunus, Henry, Ladin, Awangku Jinal (dua kanan) bersama tetamu serta peserta zikir marhaban di Lawas.
MERIAH: (Depan, dari kiri) Dayang Morliah, Awang Tengah, Mahmud, Yunus, Henry, Ladin, Awangku Jinal (dua kanan) bersama tetamu serta peserta zikir marhaban di Lawas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia