Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Lions Batu Niah santuni PPDK dan masyarakat memerlukan di Bekenu

-

Sejumlah 25 pek makanan termasuk beras serta bekalan asas lain telah diserahkan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bekenu oleh Kelab Lions Batu Niah menerusi program amalnya sempena Tahun Baharu Cina ‘CNY Care & Love Food Aid 2024’ baru-baru ini.

Presiden Kelab Lions Batu Niah Andy Jong dalam kenyataan medianya berkata, antara objektif program terbabit adalah untuk berkongsi rezeki dan sebagai keprihatin­an terhadap masyarakat yang memerlukan walaupun berlainan kaum dan agama.

“Pihak kami juga telah mengagihka­n sejumlah 150 pek yang sama secara berperingk­at kepada masyarakat yang memerlukan di sekitar kawasan Batu Niah, Bekenu dan Miri.

“Selain PPDK, antara yang menerima manfaat terbabit ialah warga emas, keluarga tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan tidak lupa juga kepada mereka yang terlantar sakit di rumah,” katanya.

Menurut Jong, program tersebut juga sebahagian daripada usaha pihaknya untuk memberi kembali kepada masyarakat setempat, selain aktiviti tahunan yang diadakan oleh Kelab Lions Batu Niah.

Sementara itu, Penyelia PPDK Bekenu Diana Lujum berterima kasih atas sumbangan yang diberikan

kepada pihaknya.

Jelas Diana, PPDK Bekenu ditubuhkan pada 28 Ogos 2018 dan berpindah ke lokasi baharu sejak 3 Januari tahun lalu disebabkan lokasi lama sering dilanda banjir.

Katanya, PPDK Bekenu mempunyai 12 pelatih berumur empat hingga 31 tahun.

“Antara aktiviti yang kami laksanakan adalah kraf tangan berasaskan kain perca dan resin serta berkebun yang dilakukan oleh pelatih dengan bantuan petugas PPDK.

“Kesemua aktiviti yang dilaksanak­an terbabit adalah untuk membantu meningkatk­an keyakinan

para pelatih bahawa mereka juga mampu melakukan dan pada masa sama juga, kami melibatkan ahli keluarga mereka secara aktif bersama masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti lain untuk memberi peluang sama rata,” ujarnya.

Menurut Diana, PPDK Bekenu turut memerlukan dana bagi meneruskan operasinya.

“Malah besar harapan kami agar mana-mana pihak tampil bersama memberi sokongan dari segi kewangan bukan sahaja bagi menampung kos operasi tetapi untuk melaksanak­an aktiviti berkaitan,” tambahnya.

 ?? ?? PRIHATIN: Jong (duduk tengah) serta ahli Kelab Lions Batu Niah yang lain bergambar bersama antara pelatih dan petugas PPDK Bekenu selepas menyampaik­an sumbangan terbabit.
PRIHATIN: Jong (duduk tengah) serta ahli Kelab Lions Batu Niah yang lain bergambar bersama antara pelatih dan petugas PPDK Bekenu selepas menyampaik­an sumbangan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia