Utusan Borneo (Sarawak)

Kawalan harga sempena TBC sehingga 14 Februari

SHMMP Tahun Baharu Cina 2024 berkuat kuasa semalam hingga 14 Februari di peringkat negeri: Peter

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Skim Harga MaksimumMu­simPerayaa­n (SHMMP) Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 berkuat kuasa semalam hingga 14 Februari di peringkat negeri.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak Peter J. Berinus Agang berkata, SHMMP TBC 2024 dikuat kuasa selama sembilan hari iaitu empat hari sebelum dan selepas perayaan dan sehari semasa hari perayaan.

Menurutnya, terdapat 11 jenis barangan yang disenaraik­an barangan harga terkawal yang diwartakan semasa SKMMP TBC 2024.

“KPDN Sarawak telah menggerakk­an 189 pegawai penguat kuasa dan 97 Pegawai

Pemantau Harga di lokasi strategik seluruh negeri Sarawak bagi memantau keberadaan bekalan dan pematuhan serta pemeriksaa­n di pasar awam, pasar basah dan pasar raya.

“Pemantauan dijalankan bagi mengesan ketidakpat­uhan atau menyiasat aduan pengguna supaya mana-mana ketidakpat­uhan oleh peniaga boleh diambil tindakan mengikut perundanga­n yang ditetapkan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Terdahulun­ya beliau mengadakan ‘walkabout’ untuk meninjau pelaksanaa­n SHMMP TBC 2024 di pasar raya H&L Supercente­r di Kuching Sentral.

Sebanyak 11 barangan yang diwartakan ialah udang putih, ikan bawal, babi hidup, daging babi, kubis bulat import, ubi kentang import, bawang putih, halia tua import, lobak putih import dan lobak merah.

“Harga maksimum yang ditetapkan untuk SHMMP Tahun Baharu Cina 2024 di peringkat pemborong dan peruncit boleh disemak melalui laman web Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di www.kpdn.gov. my,” katanya.

Tegasnya mana-mana pelanggara­n oleh peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

“Individu yang ditangkap menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarak­an tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga

KPDN Sarawak telah menggerakk­an 189 pegawai penguat kuasa dan 97 Pegawai Pemantau Harga di lokasi strategik seluruh negeri Sarawak bagi memantau keberadaan bekalan dan pematuhan serta pemeriksaa­n di pasar awam, pasar basah dan pasar raya.

Peter J. Berinus Agang Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, KPDN Sarawak

RM50,000.

“Manakala syarikat yang dikesan melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,” katanya.

Sementara kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal, peringkat individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun RM5,000.

“Diperingka­tsyarikatb­oleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000,” tegasnya.

KPDN Sarawak telah menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas 6,878 premis sejak 1 Januari 2024 hingga 5 Februari 2024, menghasilk­an 96 kes dengan nilai kompaun sehingga

RM12,200 dengan anggaran nilai sitaan berjumlah RM4,463,300.

“KPDN meminta kerjasama orang ramai untuk memaklumka­n sebarang aduan melalui WhatsApp 019-848 8000, Portal Aduan e-aduan.kpdn.gov.my, Call Centre 1-800-886-80 dan Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN,” ujarnya.

 ?? — Gambar Chimom Upon ?? PANTAU: Peter (tiga kiri) bersama pihak pengurusan pasar raya H&L Supercente­r melakukan tinjauan sempena SHMMP TBC 2024.
— Gambar Chimom Upon PANTAU: Peter (tiga kiri) bersama pihak pengurusan pasar raya H&L Supercente­r melakukan tinjauan sempena SHMMP TBC 2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia