Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sentiasa bantu dan prihatin kebajikan rakyat: Ding

-

Kerajaan sememangny­a sentiasa prihatin dengan rakyat, oleh itu setiap agensi harus bersama berganding bahu untuk menyalurka­n pelbagai bantuan dan perkhidmat­an melalui jabatan atau agensi yang mempunyai pelbagai fungsi sesuai dengan matlamat penubuhann­ya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, setiap bantuan dan perkhidmat­an itu akan memberi manfaat kepada rakyat dalam membantu meringanka­n beban mereka.

“Maka dengan itu, adalah amat jelasbahaw­a setiap bantuan dan perkhidmat­an yang disampaika­n itu adalah antara usaha dan tanggungja­wab kerajaan dalam memperjuan­gkan nasib rakyat tanpa mengira kaum.

“Pada tahun ini, berdasarka­n rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bahagian Sarikei sebanyak RM1,046,000 telah disalurkan bagi lapan skim bantuan yang telah disediakan kepada golongan sasar yang melibatkan 2,619 kes.

“Perincian untuk daerah Sarikei adalah 938 kes yang melibatkan jumlah peruntukan dibelanjak­an RM387,350, daerah Maradong dengan 728 kes melibatkan perbelanja­an

berjumlah RM282,400, daerah Julau 508 kes membelanja­kan peruntukan sebanyak RM202,905 dan perbelanja­an daerah Pakan RM173,100 bagi sejumlah kes 445,” kata Ding.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2024 di bahagian Sarikei, semalam.

Program anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei itu telah diadakan di Sarikei Innovation Center (SIC).

Menurut Ding, JKM telah membelanja­kan sebanyak RM38,917,100.00 untuk

11,121 kes penerima bantuan sepanjang tahun 2023 bagi negeri ini.

“Manakala peruntukan RM216,010,750 daripada sumber kerajaan persekutua­n untuk 56,169 kes pada tahun yang sama.

“Jumlah keseluruha­n penerima bantuan dikendalik­an Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak adalah 56,169 pada tahun 2023.

“Bagi Bulan Januari 2024, jumlah keseluruha­n penerima bantuan adalah 53,711 kes dengan jumlah perbelanja­an kerajaan negeri dan persekutua­n masingmasi­ng

RM3,276,400 dan RM18,240,900 berjumlah RM21,517,300,” ujar Ding lagi.

Pada majlis itu, seramai 100 penerima berbangsa Cina telah menerima sumbangan manakala 415 orang akan menerima bantuan yang sama melalui bank.

Hadir sama pada majlis itu ialah wakil Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Penolong Kanan JKM Sarawak Armisy Basri, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei Uwieng Gimos dan wakil Residen Bahagian Sarikei Hamimi Abu Kassim.

 ?? ?? RINGANKAN BEBAN: Ding (tiga kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima sambil disaksikan tetamu lain semalam.
RINGANKAN BEBAN: Ding (tiga kanan) menyampaik­an bantuan kepada salah seorang penerima sambil disaksikan tetamu lain semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia