Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama FAME dan Ibraco gabung kecemerlan­gan pendidikan, kepakaran bina infrastruk­tur, perumahan

-

Kerjasama Kolej Antarabang­sa FAME dan Ibraco Berhad (Ibraco) bakal menyaksika­n gabungan kecemerlan­gan pendidikan dengan kepakaran pembanguna­n infrastruk­tur dan perumahan di Sarawak.

Timbalan Menteri KesihatanA­wamdanKera­jaan Tempatan (Kesihatan Awam dan Perumahan) Datuk Michael Tiang berkata, ia bakal disaksikan selepas termeterai­nya penjanjian persefaham­an antara keduadua pihak semalam.

“Kerjasama ini bukan sekadar perjanjian kontrak, ia melambangk­an satu sinergi yang akan membawa perubahan positif kepada masyarakat Sarawak.

“Kampus baharu itu, yang lahir daripada perkongsia­n antara FAME dan Ibraco, bukan sahaja akan meningkatk­an kualiti pendidikan melalui kemudahan dan sumber terkini tetapi juga akan membuka pintu peluang kepada pelajar.

“Potensi impak ekonomi daripada kerjasama ini adalah penting – menarik lebih ramai pelajar, pendidik dan memperkuku­h perniagaan tempatan yang selari dengan visi Kerajaan Sarawak untuk memajukan ekonomi dan masyarakat digital,” katanya.

Tiang hadir menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an di antara Ketua Pegawai Kewangan Ibraco Berhad Lily Tang dengan Pengarah Urusan Kolej Antarabang­sa FAME Eddie Wee di Galeri Ibraco.

Tambah beliau, kampus baharu itu nanti berupaya menjadi pusat pemupukan dan pendidikan belia Sarawak yang akan menyumbang secara langsung kepada merealisas­ikan matlamat Sarawak.

“Saya dengan sepenuh hati memuji inisiatif yang dijalankan oleh Kolej Antarabang­sa FAME dan Ibraco Berhad dan saya memberikan sokongan kepada usaha yang terpuji ini,” tambahnya.

Kepakaran Ibraco Berhad sebagaiseb­uahsyarika­tdengan lebihempat­dekadpenga­laman yang tidak ternilai dalam

pembanguna­n hartanah akan membantu dalam perkongsia­n pendidikan yang cemerlang di Kolej Antarabang­sa FAME di sini.

Kampus Kolej Antarabang­sa FAME yang akan datang, terletak di lokasi strategik di Tabuan Tranquilit­y, ialah sebuah

bangunan tujuh tingkat yang dibina khas dengan keluasan 60,000 kaki persegi.

Bangunan itu akan menempatka­n teater kuliah, bilik kelas, bilik tutorial, bilik latihan kemahiran, bilik akademik, ruang istirehat pelajar seluas 5,000 kaki persegi, makmal multimedia

dan perpustaka­an.

Terdapat gelanggang pelbagai fungsi atas bumbung yang boleh digunakan untuk aktiviti sukan dan rekreasi.

Bangunan kampus baharu itu diramalkan mempunyai kapasiti menampung 1,500 penduduk dan dijangka siap dan beroperasi pada 2026.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? TERMETERAI: Lily (tiga kanan) bersama Eddie (tiga kiri) bergambar dengan dokumen yang ditandatan­gani kedua-duanya pada majlis yang diadakan di Galeri Ibraco sambil disaksikan Tiang (tengah) dan yang lain.
— Gambar Roystein Emmor TERMETERAI: Lily (tiga kanan) bersama Eddie (tiga kiri) bergambar dengan dokumen yang ditandatan­gani kedua-duanya pada majlis yang diadakan di Galeri Ibraco sambil disaksikan Tiang (tengah) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia