Utusan Borneo (Sarawak)

Waspada main mercun semasa musim Tahun Baharu Cina: Bomba

-

Masyarakat di bahagian ini perlu lebih berwaspada ketika ‘bermain’ mercun bagi mengelak insiden tidak diingini khususnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) akan datang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang Ramlan Marajan berkata, penggunaan mercun meningkat pada sambutan TBC namun sikap berwaspada dan peka terhadap persekitar­an perlu diambil serius.

Malah katanya, cuaca panas ketika ini boleh mencetuska­n kebakaran sekiranya aktiviti bermain mercun dibiarkan tanpa pengawasan.

“Sempena musim perayaan TBC ini, JBPM mengingatk­an orang ramai terutama masyarakat Cina yang meraikan TBC supaya sentiasa peka keadaan sekeliling dengan aktiviti berkaitan mercun,” katanya kepada media selepas penutupan Kawad Kecekapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang di sini kelmarin.

Hadir sama Ketua BBP Lawas Azman Ibrahim, Pegawai Bahagian Keselamata­n Kebakaran JBPM Zon Tujuh Limbang Zaki Hussin dan Pegawai Penyiasata­n Kebakaran JBPM Zon Tujuh Limbang Clarence D. Primus.

Ramlan menjelaska­n, ibu bapaperlus­entiasamen­gawasi anak-anak bermain mercun dengan sebaik mungkin bagi memastikan mereka sentiasa

selamat dan melakukan aktiviti itu dalam keadaan baik.

“Aktiviti bermain mercun juga perlu dilakukan di tempat selamat di kawasan lapang dan mempunyai pengudaraa­n baik.

“Ini penting bagi memastikan bahaya kebakaran tidak wujud sekali gus mengelak terhidu asap beracun,” jelasnya.

Pada program itu, dua

pegawai dan anggota JBPM ZonTujuhLi­mbangmewak­ili Sarawak ke peringkat kebangsaan untuk Kawad Kecergasan.

Seramai 14 peserta membabitka­n enam dari BBP Limbang dan enam dari BBP Lawas dan dua pegawai pejabat JBPM Zon Tujuh Limbang menyertai Kawad Kecergasan dengan acara ‘bleep test’ dan ‘brave heart challenges’.

 ?? ?? BERI SAINGAN: Ramlan (berdiri, lapan kiri) bersama pegawai serta anggota BBP Limbang dan BBP Lawas pada kursus Kawad Kecergasan di Limbang kelmarin.
BERI SAINGAN: Ramlan (berdiri, lapan kiri) bersama pegawai serta anggota BBP Limbang dan BBP Lawas pada kursus Kawad Kecergasan di Limbang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia