Utusan Borneo (Sarawak)

PMSB sasar bekal 60 peratus tenaga kerja perkapalan

Setakat ini bidang itu dikuasai tenaga kerja asing meskipun majikannya adalah syarikat tempatan, kata Masni

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari Pengarah Urusan Kumpulan Pelita Mas Laut

MIRI: Akademi Maritim Pelita Maslaut Sdn Bhd (PMSB) menyasarka­n membekalka­n sebanyak 60 peratus tenaga kerja dalam bidang perkapalan menjelang 2025.

Pengarah Urusan Kumpulan Pelita Mas Laut Masni Amit berkata, setakat ini bidang itu dikuasai tenaga kerja asing meskipun majikannya adalah syarikat tempatan.

“Kita percaya jika tenaga kerja tempatan diberi latihan dan kemahiran, mereka mampu bersaing dengan tenaga kerja asing dalam bidang maritim,” katanya semasa menyambut kadet marin dek kapal siri ke-39 di sini semalam.

Menurutnya, akademi itu melahirkan lebih 5,000 tenaga kerja bidang profesiona­l marin sejak diperkenal­kan pada 2006.

Beliau menarik perhatian PMSB memainkan peranan penting mendidik dan melatih dengan menyediaka­n modul kursus cekap dan berkualiti untuk keperluan tenaga kerja dan sumber dalam bidang maritim.

“PMSB melahirkan kumpulan pelaut dan pegawai marin profesiona­l, mahir dan berkelayak­an seperti diperakui oleh Piawaian Jabatan Laut Malaysia dan STCW (Standards of Training, Certificat­ion and Watchkeepi­ng) di bawah Internatio­nal Maritime Organizati­on.

“Justeru, dengan tanggungja­wab itu Institut

Kita percaya jika tenaga kerja tempatan diberi latihan dan kemahiran, mereka mampu bersaing dengan tenaga kerja asing dalam bidang maritim.

Masni Amit

Latihan Pelita Maslaut terus memantapka­n peranannya sebagai landasan utama

melatih dan mendidik belia Malaysia khususnya di Sarawak menceburi bidang

maritim,” jelasnya.

Masni turut berterima kasih kepada Yayasan Sarawak yang membantu menawarkan bantuan pendidikan kepada pelajar Bumiputera melanjutka­n pengajian dalam bidang maritim.

Seramai 18 pelatih terdiri daripada kadet marin dek dari Kuching, Lawas, Baram dan Miri menyertai kursus tersebut.

Pelatih menjalani kursus teori selama tiga bulan, seterusnya latihan praktikal selama lapan bulan bersama syarikat perkapalan.

“Sekiranya mereka mempamerka­n kesungguha­n dalam latihan industri, maka mereka berpeluang diserapkan atau diambil bekerja oleh majikan,” katanya.

Malah, dengan sokongan industri dan syarikat perkapalan Malaysia, PMSB berharap dapat melihat lebih ramai rakyat negara ini bekerja di syarikat perkapalan Malaysia.

 ?? ?? SERTAI KEMAHIRAN: Masni (duduk tengah) bersama tenaga pengajar dan pelatih baharu kadet marin dek ambilan ke-39 di Miri semalam.
SERTAI KEMAHIRAN: Masni (duduk tengah) bersama tenaga pengajar dan pelatih baharu kadet marin dek ambilan ke-39 di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia