Utusan Borneo (Sarawak)

Program lawatan PDU di Sarikei, Sri Aman, Sibu, Kapit dan Miri

-

Program lawatan Perkhidmat­an Doktor Udara (PDU) Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak akan diadakan di bahagian Sarikei, Sri Aman, Sibu, Kapit dan Miri pada 6 hingga 16 Februari ini.

JKN Sarawak dalam kenyataan berkata, perkhidmat­an lawatan untuk masyarakat di kawasan terlibat akan diteruskan sekiranya keadaan cuaca mengizinka­n.

Bagi bahagian Sarikei katanya, kawasan yang bakal dilawati PDU ialah Rumah Enggie dan Kemalih pada 6 Februari, Rumah Bugie dan SRK Ju (7 Februari), dan Rumah Kiroh serta Rumah Umar (8 Februari).

“Bagi bahagian Sri Aman pula, kawasan terlibat ialah Rumah Thomas Banggai dan Rumah Sibu, Perdu, Ulu Spak pada 9 Februari diikuti Rumah Mamut, Langgir, Lingga dan Rumah Munggu Sawa, Patu (13 Februari) serta Rumah Lidom, Sungai Paya, Menjuau dan Rumah Rimong Begantong (14 Februari).

“Pada 15 Februari, PDU akan berada di Rumah Bada, Ng Talong, Ulu Engkari dan Rumah Nyandang, Ulu Akup, Skrang manakala Ng Bawie, Ulu Lemanak (16 Februari),” katanya.

JKN Sarawak berkata, bagi bahagian Sibu, PDU akan melawat kawasan Rumah Seliau dan Rumah Tuan pada 6 Februari diikuti Rumah Engkayau, Ulu Machan dan Rumah Janting pada 7 Februari.

“Sementara di bahagian Kapit, PDU akan berada di Rumah Nuga dan Rumah Ringga pada 8 Februari, Rumah Liun, Ibau dan Rumah Messop, Ibau (9 Februari), Rumah Majo dan Rumah Kennedy (13 Februari), Rumah Ajan, Long Singut (14 Februari), Rumah Achau dan Rumah Ngelambong (15 Februari) serta Rumah Ai Anak Jalin, Sungai Entawau dan Bena, Balleh (16 Februari),” katanya.

Untuk bahagian Miri tambahnya, PDU akan ke Long Sait pada 6 Februari diikuti Long Kelian (7 Februari), Long Lubang dan Mandamot (8 Februari)m Ramudu (9 Februari), Long Kawi (13 Februari), Ba Data Bila (14 Februari), Ba Ajeng (15 Februari) dan Ba Pakan (16 Februari).

“Sehubungan itu, masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut diharap dapat menunggu di kediaman atau rumah panjang masing-masing bagi memberi laluan kepada PDU itu,” katanya.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Ketua Penolong Pegawai Perubatan U42 di Cawangan Pembanguna­n Kesihatan Keluarga Junaidi Othman di talian 082-473 200 (sambungan 416).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia