Utusan Borneo (Sarawak)

Kedai Melayu hias kedai bertema Tahun Baharu Cina

Kedai runcit Abdul Wahet tidak pernah gagal hias premis dengan pelbagai hiasan semarakkan bahang perayaan

-

KUCHING: Setiap tahun menjelang perayaan Tahun Baharu Cina (TBC), Kedai Runcit Abdul Wahet tidak pernah gagal menghiasi premis tersebut dengan pelbagai hiasan bagi menyemarak­kan lagi bahang perayaan tersebut.

Saya jangka ini akan membawa kegembiraa­n kepada para pelanggan, tanpa mengira etnik dan budaya.

Fazan Abdul Wahet Pemilik Kedai Runcit Abdul Wahet

Terletak di kaki Masjid Bahagian Kuching, Jalan Datuk Ajibah Abol, kedai itu terkenal dengan perhiasan TBC setiap tahun, meskipun merupakan salah satu kedai runcit Melayu tertua di bandar raya ini yang menjual pes kari, rempah ratus dan kuih tradisi.

Pemiliknya, Fazan Abdul Wahet ketika ditemui The Borneo Post berkata, kedai itu telah menghiasi premis setiap perayaan TBC sejak lebih 20 tahun.

Katanya, amalan itu juga dilakukan untuk perayaan lain seperti Krismas.

“Saya jangka ini akan membawa kegembiraa­n kepada para pelanggan, tanpa mengira etnik dan budaya,” katanya.

Tambahnya, hiasan sempena musim perayaan turut menarik lebih ramai pelanggan datang ke kedai tersebut, berbanding hari biasa.

Anak saudara dan juga rakan perniagaan Fazan, Muhammad Jaya Idris turut melahirkan rasa gembira atas keamanan dan keharmorni­an

di Sarawak. “Di kedai kami, kami

mempamerka­n hiasan yang sesuai dengan pelbagai perayaan Malaysia, supaya ia akan meningkatk­an daya tarikan kepada pelanggan kami daripada latar belakang etnik dan agama yang berbeza,” katanya.

Berdasarka­n profil latar

belakang di Facebook Kedai Runcit Abdul Wahet, bapa Fazan iaitu Abdul Wahet Abit mengasaska­n perniagaan itu pada 1939, yang bermula sebagai kedai roti sehingga 1979, sebelum perniagaan itu beralih menjadi kedai runcit.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? MERIAH: Perhiasan sempena sambutan TBC Kedai Runcit Abdul Wahet menjadi tarikan pelanggan.
— Gambar Roystein Emmor MERIAH: Perhiasan sempena sambutan TBC Kedai Runcit Abdul Wahet menjadi tarikan pelanggan.
 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? PRODUKSARA­WAK:MuhammadJa­yamenyedia­kantempaha­nkek lapis Sarawak di Kedai Runcit Abdul Wahet.
— Gambar Roystein Emmor PRODUKSARA­WAK:MuhammadJa­yamenyedia­kantempaha­nkek lapis Sarawak di Kedai Runcit Abdul Wahet.
 ?? ?? MUHMAMMAD JAYA
MUHMAMMAD JAYA
 ?? ?? FAZAN
FAZAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia