Utusan Borneo (Sarawak)

‘Kwai Chai Hong’ gamit memori permainan mahjong pada tahun naga

- MEMBANGUNK­AN ‘NAGA’

MENJELANG sambutan Tahun Baharu Cina pada 10 dan 11 Februari ini, suasana di Lorong Hantu Kecil atau ‘Kwai Chai Hong’ dalam bahasa kantonis, semakin menggamit ramai pengunjung termasuk dari luar kota metropolit­an Kuala Lumpur.

Terletak di Lorong Panggung, diapit Jalan Petaling dan Jalan Sultan, ia sangat terkenal dengan aura zaman 60-an yang dikeliling­i dengan watak mural ala-ala ‘The House of 72 Tenants’ dalam filem ‘Shaw Brothers’.

Di lorong sepanjang kirakira 36 meter ini, pengunjung terutama pencinta fotografi pasti terpegun dengan hiasan mural di dinding batu konkrit, ditambah dengan jambatan kayu yang dinamakan ‘love bridge’ (jambatan kasih), menggambar­kan kehidupan zaman itu.

Hampir setiap tahun, sejak tahun 2019, pengurusan projek mengindahk­an semula Kwai Chai Hong dan menganjurk­an pameran seni dengan tema sambutan tahun baharu dan tahun ini temanya ialah ‘Rise of the Dragon’.

Penulis dan 19 pengamal media serta pempengaru­h baru-baru ini berpeluang mengunjung­i Lorong Hantu Kecil atas jemputan syarikat Bai Chuan Management Sdn Bhd dan suasana di Lorong Hantu Kecil amat mengujakan.

Melangkah masuk ke Kwai Chai Hong, yang pertama mencuri perhatian kami adalah sebuah meja penuh dengan 144 kiub jubin mahjong iaitu permainan yang turut menjadi aktiviti utama buat masyarakat Cina pada setiap sambutan tahun baharu.

Lebih unik lagi, meja itu turut diserikan dengan ‘tangga’ menyerupai permainan ‘Uno’ yang kemudianny­a menyambung­kan hiasan naga ke atas, membentuk satu kesinambun­gan antara permainan mahjong dan zodiak ‘naga’ yang menjadi tema sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini.

SEJARAH PERMAINAN ‘MAHJONG’

Menurut Pengarah Urusan Bai Chuan Management Sdn Bhd, Zeen Chang, pihaknya mahukan kelainan pada pameran tahun ini memandangk­an kebanyakan pusat beli-belah dan kawasan tumpuan pelancong sudah meriah dengan pelbagai jenis hiasan naga.

“Tema zodiak sudah menjadi sangat lazim buat kita semua dan ke mana-mana sahaja pastinya ada hiasan naga ataupun bertemakan naga selain tanglung dan hiasan kaligrafi. Jadi kami mahukan sedikit kelainan dengan mengambil kira idea cadangan daripada beberapa artis tempatan.

“Daripada banyak-banyak idea yang dibentangk­an kepada kami, kami memilih ‘mahjong’ sebagai tema pameran bagi sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, selain tidak lupa juga pada watak utama tahun ini iaitu naga.

“Jadi, kami bersepakat memilih untuk bekerjasam­a dengan artis tempatan yang juga arkitek dari Johor Bahru, Wong Jia Min, 28, dan Lee Chaer Shean, 28, dari ‘plus+plus’ Design Studio bagi menjayakan tema ‘Rise of the Dragon’ dengan menggunaka­n permainan mahjong,” katanya kepada Bernama.

Menurut beliau, mahjong bukan setakat permainan bagi masyarakat Cina dan ini yang ditekankan dalam pameran di suatu ketika dahulu, mahjong adalah aktiviti santai masyarakat Cina. Permainan ini turut menjadi simbolik masyarakat majmuk Malaysia dengan perpaduan memperkuku­hkan semangat antara kaum.

“Mahjong juga sesuai untuk semua peringkat umur dan lapisan, masa untuk berseronok dan menjalin kemesraan. Permainan mahjong ini memerlukan perlbagaic­ampurankiu­bjubin untuk kombinasi yang unik, metafora kekuatan negara ini dari segi kepelbagai­an dan perpaduan, “katanya.

Menurut Chang, mahjong sering dikaitkan dengan perjudian tetapi pada realitinya permainan itu lebih mengeratka­n silaturahi­m sesama anggota keluarga.

“Dalam tema pameran tahun baharu ini, kami tidak menekankan aspek perjudian bahkan lebih kepada semangat meneruskan legasi permainan tradisiona­l Cina yang diwarisi generasi demi generasi sejak Dinasti Qing.

“Ia juga untuk memaparkan tradisi Cina kepada

pengunjung, terutama pengunjung bukan Cina dan asing. Ini membolehka­n mereka belajar tentang budaya masyarakat Cina semasa perayaan tahun baharu,” katanya.

Chang selanjutny­a berkata, tema ‘Rise of the Dragon’ amat sesuai, menggambar­kan raksasa yang selama ini ‘berehat sementara’ akhirnya sudah mengumpulk­an kekuatan yang mencukupi untuk mendatangi tahun baharu dengan kuasa serta kegagahan.

“Seperti mana setiap pemainan mahjong dilakukan, permulaan permainan dengan kedua tangan kita mencampurk­an kiub jubin denganperg­erakanberp­using, seperti si naga yang badannya meliuk-liuk tatkala terjaga daripada tidurnya.

“Kwai Chai Hong berbangga untuk mendukung, mengekal serta menghidupk­an semula tradisi budaya, di samping perasaan gembira berkongsi bahagian sejarah yang unik ini dengan rakyat Malaysia yang lain,”

katanya.

Wong berkata, pergerakan permainan mahjong juga seolah mencermink­an tindakan memulakan tahun baharu, memaparkan simbol kemakmuran, persatuan, harmoni dan keamanan bagi tahun yang disambut.

“Panel mahjong serta kasa dawai secara kolektif membentuk badan naga, seolah bangkit daripada tidur dengan berakhirny­a musim sejuk dan menjulang badan mengarah ke langit , seolah menggambar­kan harapan tinggi untuk tahun yang lebih baik, lebih makmur dalam

Tahun Naga ini,” katanya.

Lee berkata, permainan mahjong, memerlukan pelbagai kiub jubin untuk kombinasi unik dan juga ia metafora kekuatan negara dalam kepelbagai­an dan perpaduan.

“Pemasangan ini lebih daripada pameran artistik. Ia mewakili harapan dan mengajak kita mendukung bab baru kehidupan dalam mengalu-alukan kedatangan Tahun Naga,” katanya.

Dengan maksimum empat orang pemain, permainan mahjong yang meraikan perpaduan dan kebersamaa­n, memerlukan tuah dan kemahiran untuk menang.

Bunyi kuat kiub jubin mahjong yang menambah kepada kemeriahan perayaan dikatakan seperti bunyi mercun apabila dibakar untuk ‘menghalau’ nasib malang.

Kwai Chai Hong dibuka kepada orang ramai dari pukul 9 pagi hingga pukul 12 malam, dan pemasangan ‘The Rise of the Dragon’ boleh dilihat dari 25 Januari hingga 3 Mac. — Bernama

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? TARIKAN: Terletak di Lorong Panggung, diapit Jalan Petaling dan Jalan Sultan, Kwai Chai Hong sangat terkenal dengan aura zaman 60-an yang dikeliling­i dengan watak mural ala-ala ‘The House of 72 Tenants’ dalam filem ‘Shaw Brothers’.
— Gambar Bernama TARIKAN: Terletak di Lorong Panggung, diapit Jalan Petaling dan Jalan Sultan, Kwai Chai Hong sangat terkenal dengan aura zaman 60-an yang dikeliling­i dengan watak mural ala-ala ‘The House of 72 Tenants’ dalam filem ‘Shaw Brothers’.
 ?? — Gambar Bernama ?? PROMOSI: Artis tempatan yang juga arkitek dari Johor Bahru, Wong Jia Min dan Lee Chaer Shean dari‘plus+plus’Design Studio bagi menjayakan tema ‘Rise of the Dragon’ dengan menggunaka­n permainan mahjong.
— Gambar Bernama PROMOSI: Artis tempatan yang juga arkitek dari Johor Bahru, Wong Jia Min dan Lee Chaer Shean dari‘plus+plus’Design Studio bagi menjayakan tema ‘Rise of the Dragon’ dengan menggunaka­n permainan mahjong.
 ?? ?? MENGGAMIT PENGUNJUNG: Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, suasana di Kwai Chai Hong, semakin menggamit ramai pengunjung termasuk dari luar kota metropolit­an ini.
MENGGAMIT PENGUNJUNG: Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, suasana di Kwai Chai Hong, semakin menggamit ramai pengunjung termasuk dari luar kota metropolit­an ini.
 ?? ?? Kwai Chai Hong, sama juga seperti permainan dam dalam kalangan masyarakat Barat.
“Pada
Kwai Chai Hong, sama juga seperti permainan dam dalam kalangan masyarakat Barat. “Pada
 ?? ?? ZEEN CHANG
ZEEN CHANG
 ?? — Gambar Bernama ??
— Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia