Utusan Borneo (Sarawak)

92 projek pembanguna­n baharu di Kelantan tahun ini: Nik Nazmi

-

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutan telah meluluskan peruntukan pembanguna­n berjumlah RM2.81 bilion di Kelantan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) menerusi Rolling Plan Keempat Tahun 2024.

Menteri Sumber Asli Dan Kelestaria­n Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia merupakan peningkata­n sebanyak RM0.24 bilion berbanding peruntukan asal pada 2023.

Beliau berkata, sebanyak 92 projek baharu telah diluluskan pada tahun ini dengan jumlah keseluruha­n sebanyak 425 projek.

“Kementeria­n Kerja Raya (KKR) mencatat jumlah peruntukan terbesar pada tahun ini iaitu RM0.8 bilion melibatkan 32 projek.

“Projek-projek utama di bawah KKR termasuk enam pakej pembinaan Lebuh Raya Kota BharuKuala Krai (KBKK) dan sembilan pakej Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Kuala Krai ke Gua Musang.

“Kesemua 14 daripada 15 pakej tersebut kini dalam pelaksanaa­n manakala satu pakej di peringkat perolehan dengan jumlah keseluruha­n kos pembinaan adalah sebanyak RM4.79 bilion,” katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Media Pejabat Pembanguna­n Negeri Kelantan ICU JPM, di sini malam kelmarin.

Teks ucapan Nik Nazmi yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembanguna­n Negeri (MTPNg) Kelantan dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim.

Nik Nazmi berkata jaringan pengangkut­an menyeluruh termasuk pembinaan jajaran lebuh raya, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) kini sedang rancak dibina.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata Kerajaan Persekutua­n juga meluluskan fasa baharu Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) dengan kos RM1.06 bilion bagi Fasa 2 Sungai Kelantan dan RM0.5 bilion bagi Fasa 3 Sungai Golok.

“Untuk rekod sebanyak 13 projek secara terkumpul berkaitan banjir di pelbagai peringkat pelaksanaa­n telah diluluskan di negeri ini dengan jumlah keseluruha­n sebanyak RM3.83 bilion.

“Saya berharap semua pihak khususnya agensi pelaksana terlibat agar dapat memastikan pelaksanaa­n projek-projek ini berjalan dengan lancar malah jika mampu elakkan sebarang masalah menyumbang kepada kelewatan pelaksanaa­nnya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia