Utusan Borneo (Sarawak)

Waspada ancaman ular berbisa ketika cuaca panas: APM

-

Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan ancaman ular berbisa ketika melakukan pembersiha­n kawasan rumah dalam tempoh fenomena cuaca panas yang sedang melanda negeri pada masa ini.

Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA) Kol (PA) Fazlisyah Muslim berkata, cuaca panas melampau menyebabka­n reptilia berbisa seperti ular mencari tempat perlindung­an baharu yang lebih sejuk dan gelap termasuk di kawasan kediaman.

“Ancaman ular begitu tinggi pada waktu panas, banyak kes kita terima ... jadi, nasihat saya agar penduduk lebih berhati-hati ketika mengemas atau mencuci kawasan rumah seperti di stor, tandas, bilik dan dapur menjelang perayaan (Tahun Baharu Cina) ini.

“Kebanyakan kes ancaman ini bukan sahaja berlaku di kampung atau pedalaman, tetapi banyak juga diterima di kawasan pekan, bandar yang banyak taman perumahan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pembukaan Latihan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kedah di sini semalam.

Beliau berkata orang ramai juga dinasihatk­an agar tidak bertindak sendiri menangkap haiwan berbisa, sebaliknya menghubung­i APM atau pihak berkaitan.

“Adalah lebih baik periksa terlebih dahulu kawasan tersorok dan gelap dengan kayu, jolok-jolok dulu untuk memastikan tiada ular bersembuny­i .... Elakkan membersih rumah secara bersendiri­an. Dalam kead

aan kecemasan, orang lain yang berada bersama kita boleh menjadi penting untuk maklum balas yang cepat dan memastikan sebarang insiden ditangani dengan segera dan cekap,” katanya.

Fazlisyah berkata statistik menunjukka­n APM telah mengendali­kan sebanyak 104,859 kes tangkapan ular di seluruh negara pada tahun lepas dengan Selangor mencatatka­n kes tertinggi iaitu 16,160 kes, diikuti Johor (11,163), Perak (11,093), Kelantan (9,788) dan Kedah (8,067).

Beliau berkata bagi Januari tahun ini sahaja, APM sudah merekodkan 10,296 kes tangkapan ular di seluruh negara, kebanyakan­nya membabitka­n ular sawa batik, tedung selar dan ular senduk.

Fazlisyah berkata bagi Kedah, ular lebih kerap ditemui dan ditangkap di

kawasan bandar dengan Alor Setar mencatatka­n kes tertinggi iaitu 1,478 kes, Kuala Muda (1,294), Kulim (1,032), Kubang Pasu (941) dan Baling (645).

Menurut laman web Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MetMalaysi­a) semalam, musim kemarau semasa dijangka berterusan dalam beberapa hari lagi dan cuaca kering serta panas diramalkan di negeri utara Semenanjun­g, dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius.

Sementara itu, Fazlisyah memberi jaminan bahawa APM bersedia untuk bekerjasam­a dengan agensi lain yang berkaitan bagi membantu orang awam sepanjang musim perayaan.

“Kami jangka peningkata­n trafik dan kemasukan penduduk bertambah ... kami telah buat semua persiapan untuk membantu orang ramai. Saya juga telah

mengerahka­n pegawai untuk menjalanka­n operasi pemantauan di kawasan yang terdedah kepada apa-apa kecemasan bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memerlukan sebanyak 1,447 hektar tanaman bawang merah di seluruh negara bagi mencapai sasaran penguranga­n 30 peratus import bahan makanan asas itu menjelang 2030.

Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata bagi tujuan itu, institut berkenaan telah memulakan penanaman tiga jenis bawang secara kecil-kecilan untuk tempoh 2024 hingga 2025 dengan memfokus kepada penghasila­n bawang merah.— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Fazlisyah (kiri) menandatan­gani plak Perasmian Pembukaan Latihan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Kedah di Kompleks APM Kota Setar, Anak Bukit, dekat Alor Setar semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Fazlisyah (kiri) menandatan­gani plak Perasmian Pembukaan Latihan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Kedah di Kompleks APM Kota Setar, Anak Bukit, dekat Alor Setar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia