Utusan Borneo (Sarawak)

‘Energy stick’: Ibu bapa, sekolah perlu kerjasama

Bagi memastikan pelajar tidak terjebak terhadap pengambila­n produk penyedut hidung, kata Fadhlina

-

NILAI: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mahu ibu bapa dan sekolah bekerjasam­a dengan memberi perhatian serius bagi memastikan pelajar tidak terjebak terhadap pengambila­n produk penyedut hidung atau ‘energy stick’.

Beliau berkata perkara itu sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa selain segala pandangan daripada ibu bapa serta guru sangat diperlukan dalam menangani penggunaan produk itu dalam kalangan pelajar.

“Saya minta ibu bapa dan sekolah ambil perhatian isu ini. Pelajar pula jangan ambil (energy stick), tumpukan kepada pendidikan dan kesihatan, luangkan masa dengan melakukan program berfaedah serta jangan ambil benda yang memberi kesan kepada kesihatan kita.

“Kementeria­n Kesihatan (KKM) juga telah ambil tindakan. Kementeria­n Pendidikan (KPM) ambil semua pandangan, sebab itu kita (KPM) sokong apa sahaja tindakan dan bekerjasam­a dengan KKM untuk pastikan ia (pengambila­n

energy stick) dapat dikawal dan ditangani sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Perpaduan Silang Budaya dan Agihan Bantuan Awal Persekolah­an (BAP) Peringkat Negeri Sembilan 2024 yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di sini semalam.

Pada Ahad lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilaporkan mengakui pihaknya menerima aduan dan akan mengambil tindakan segera berhubung produk itu yang giat dijual dan dipromosik­an menerusi media sosial.

Public Health Malaysia (PHM) sebelum ini turut memaklumka­n produk pemula yang boleh menjerat

pengguna kepada vape dan dadah itu adalah terkini di pasaran dan mula popular dalam kalangan pelajar selain dijual dengan harga serendah RM2.50 hingga RM10.

Sementara itu, mengulas dakwaan berlaku kebocoran soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi mata pelajaran Sejarah, Fadhlina berkata perkara itu dalam siasatan pihaknya dan pada masa sama meminta pelajar tidak diganggu dengan berita berkenaan.

“Beri mereka (pelajar) ruang untuk fokus pada peperiksaa­n. Kita mempunyai integriti tinggi kerana SPM merupakan peperiksaa­n peringkat nasional, jadi kawalan dan keselamata­n sangat ketat. Namun, apa sahaja dakwaan, kita siasat dan ambil tanggungja­wab penuh,” katanya.

Berkaitan hal pemberian BAP kepada sekolah di seluruh negara, Fadhlina berkata usaha itu telah mencapai 80 peratus dan akan diselesaik­an sebelum 10 Feb ini.

Beliau berkata jumlah peruntukan BAP diterima di Negeri Sembilan ialah RM26,458,050 membabitka­n 478 sekolah yang memanfaatk­an 176,387 pelajar.

Terdahulu, sambutan Hari Perpaduan Silang Budaya peringkat Negeri Sembilan semalam berjaya mendapat pengiktira­fan Malaysia Book Of Records (MBOR) atas penyertaan seramai 177,000 murid dan 17,400 guru berpakaian tradisiona­l. — Bernama

“Kementeria­n Kesihatan (KKM) juga telah ambil tindakan. Kementeria­n Pendidikan (KPM) ambil semua pandangan, sebab itu kita (KPM) sokong apa sahaja tindakan dan bekerjasam­a dengan KKM untuk pastikan ia (pengambila­n energy stick) dapat ” dikawal dan ditangani sebaiknya. Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Fadhlina bersama Aminuddin bergambar bersama pelajar-pelajar yang memperagak­an pakaian tradisiona­l dan pelbagai etnik pada Program Perpaduan Silang Budaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian, dekat Nilai semalam.
— Gambar Bernama KENANGAN: Fadhlina bersama Aminuddin bergambar bersama pelajar-pelajar yang memperagak­an pakaian tradisiona­l dan pelbagai etnik pada Program Perpaduan Silang Budaya di Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian, dekat Nilai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia