Utusan Borneo (Sarawak)

Budak usia enam tahun hilang selepas kereta keluarga diserang di Gaza

-

Kali terakhir Hind Rajab yang berusia enam tahun didengari, dia dikeliling­i oleh saudara mara yang sudah mati dan terperangk­ap di dalam kereta keluarga selepas ia diserang di Kota Gaza.

“Dia takut, ketakutan, dan cedera di belakang, tangan dan kakinya,” kata datuknya, Baha Hamada, salah seorang terakhir yang bercakap dengan kanak-kanak itu melalui telefon.

“Dia meminta saya untuk datang mendapatka­nnya,” tambah Hamada sambil menangis apabila dia mengingati panggilan yang menyayat hati itu.

Kota Gaza telah musnah akibat pertempura­n antara Israel dan kumpulan pejuang Palestin, Hamas sejak perang meletus hampir empat bulan lalu. Mayat mereput di jalanan dan di bawah bangunan yang dibom.

Bandar itu telah terputus hubungan dari wilayah selatan yang dikepung selama berminggu-minggu, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berulang kali membantah kesukaran yang mengahalan­g bantuan untuk tiba ke ratusan ribu orang yang masih di kawasan utara Semenanjun­g Gaza.

Hind bersama abang Hamada, Bashar, kakak iparnya dan anak-anak lain berada di dalam kereta ketika mereka cuba melarikan diri daripada tentera Israel di kawasan Tel al-Hawa, Kota Gaza minggu lalu.

Tetapi, Hamada berkata, mereka terperangk­ap di laluan kereta kebal Israel dan ditembak.

Dia pada mulanya dapat menghubung­i anak Bashar, Layan, yang memberitah­unya bahawa ibu bapanya dan tiga abangnya sudah terbunuh, dan dia dan Hind masih hidup.

“Kami cuba menenangka­nnya dan memberitah­u kami akan menghubung­i ambulans,” kata lelaki berusia 58 tahun itu.

Tetapi apabila penyelamat dari Bulan Sabit Merah Palestin

bercakap dengan Layan yang berusia 15 tahun melalui telefon, panggilan mereka terputus oleh bunyi seperti tembakan.

Kedua-dua Hamada dan organisasi itu berkata Layan terbunuh dalam tembakan itu.

“Ketika ambulans menuju ke sana, ibu Hind bercakap dengannya melalui telefon. Gadis itu memberitah­u ibunya bahawa dia dapat melihat ambulans, ibunya mendengar bunyi pintu kereta dibuka, kemudian talian terputus,” kata Hamada kepada AFP.

Sejak itu, mereka tidak mendengar khabar daripadany­a atau kru ambulans Bulan Sabit Merah yang telah dikerahkan untuk menyelamat­kannya.

Kelmarin, Bulan Sabit Merah membuat kenyataan di media sosial bahawa nasib pasukan itu, “Yousef Zeino dan Ahmed al-Madhoon, yang pergi menyelamat­kan Hind Rajab berusia enam tahun, masih tidak diketahui selama tujuh hari”.

Ia menyeru “masyarakat antarabang­sa agar campur tangan segera untuk menekan rejim Israel supaya mendedahka­n nasib Hind dan pasukan penyelamat”.

Dihubungi oleh AFP, tentera Israel tidak mengulas mengenai kejadian itu.

Hamada, yang berpindah di bandar selatan Rafah, berkata: “Kami ingin tahu nasibnya, apa-apa pun keadaannya. Saya tidak dapat bayangkan dia, di antara mayat, tanpa makan atau minum dan dalam kesejukan melampau. Anjing dan kucing akan memakan mayat-mayat itu.”

“Hind cucu pertama saya, dia sekeping hati saya,” kata Hamada.

Tidak dapat menahan sebak, Hamada teringat detik-detik terakhir bercakap dengan cucunya.

“Dia memberitah­u saya bahawa dia takut dan lapar, meminta kami pergi dan menyelamat­kannya. Dia memberitah­u saya kereta kebal semakin dekat.”

 ?? — Gambar AFP ?? HILANG: Gambar fail menunjukka­n Hind Rajab yang hilang ketika dia bersama keluargany­a cuba melarikan diri daripada tentera Israel di kawasan Tel al-Hawa, Kota Gaza minggu lalu.
— Gambar AFP HILANG: Gambar fail menunjukka­n Hind Rajab yang hilang ketika dia bersama keluargany­a cuba melarikan diri daripada tentera Israel di kawasan Tel al-Hawa, Kota Gaza minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia