Utusan Borneo (Sarawak)

Penyamun bersenjata culik 35 tetamu majlis perkahwina­n di barat laut Nigeria

-

KANO: Sekurang-kurangnya 35 wanita hilang selepas penculik menahan tetamu yang pulang dari majlis perkahwina­n di barat laut Nigeria, menurut laporan pihak berkuasa kepada AFP kelmarin.

Penculikan beramai-ramai di negeri Katsina ini merupakan kes terbesar dalam siri penculikan yang kerap berlaku di negari paling ramai penduduk di Afrika baru-baru ini.

Jurucakap polis, Abubakar Aliyu berkata “penyamun bersenjata menyerang hendap dan menculik kira-kira 35 wanita” yang pulang dari majlis perkahwina­n di kawasan Sabuwa pada malam Khamis.

Pesuruhjay­a keselamata­n dalam negeri, Nasiru Muaz memberi angka mangsa yang lebih tinggi, berkata lebih 50 orang diculik ketika dalam perjalanan pulang ke kampung Damari selepas mengiringi pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki.

“Pihak berkuasa melawat kampung itu dan dimaklumka­n bahawa 53 orang telah dibawa pergi,” katanya.

“Agak berisiko untuk konvoi membawa pengantin perempuan memandu dalam gelap sambil menyanyi dan bersorak-sorak di kawasan yang terdedah kepada penyamun.

“Penyamun merebut peluang itu dan membawa mereka pergi,” katanya.

Pesuruhjay­a menggesa agar penduduk mengelak daripada melakukan perjalanan pada waktu malam dan berkata anggota keselamata­n akan cuba mencari dan menyelamat­kan tawanan.

Penculikan untuk wang tebusan merupakan masalah utama di Nigeria, dengan kumpulan penjenayah menyasarka­n lebuh raya, pangsapuri dan juga menculik murid dari sekolah.

Geng yang digelar orang tempatan sebagai penyamun beroperasi dari pangkalan yang tersembuny­i di dalam hutan di seluruh barat laut dan tengah negeri.

Pada awal tahun ini, penjenayah menculik lima adikberadi­k perempuan berhampira­n ibu negara Abuja dan membunuh seorang apabila tarikh akhir tebusan berlalu, mencetuska­n bantahan seluruh negara.

Minggu lalu, penculik menyerang bas sekolah Nigeria dan menculik lima kanak-kanak bersama guru mereka di barat daya negeri Ekiti.

Di negeri yang sama, dua penghulu tempatan terbunuh dalam serangan berasingan Isnin minggu lalu, manakala kumpulan bersenjata menembak mati seorang lagi raja dan menculik isterinya di negeri Kwara pada Khamis.

Tahun lepas, Presiden Bola Ahmed Tinubu mula berkuasa dan berjanji untuk menangani kemelut di Nigeria.

Negara itu sedang bergelut dengan pelampau di timur laut, militia di barat laut dan keganasan antara kaum di tengah negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia