Utusan Borneo (Sarawak)

Chile berkabung untuk 122 mangsa kebakaran hutan

-

Chile memulakan dua hari berkabung negara untuk sekurangku­rangnya 122 mangsa kebakaran hutan yang masih marak, dengan pencarian diteruskan bagi mangsa yang hilang ketika mangsa yang terselamat menggeleda­h peninggala­n barangan mereka yang hangus.

Jalan-jalan dipenuhi kereta hangus, runtuhan dan abu selepas api menjilat kawasan kejiranan di puncak bukit yang sesak di kawasan pantai Valparaiso, dalam kebakaran hutan ketiga paling maut di dunia abad ini.

“Saya masih sangat berduka dan saya kehilangan beberapa rakan dari kejiranan berdekatan, empat orang lagi di atas sana. Itulah yang paling menyakitka­n,” kata Hugo de Filippi, seorang mekanik kereta berusia 34 tahun.

Di bandar peranginan Vina del Mar, salah satu kawasan yang paling teruk terjejas, sukarelawa­n membawa masuk air, pakaian dan makanan, sambil menggunaka­n penyodok dan penyapu untuk membantu pembersiha­n.

“Tiada penjelasan. Ini bencana sebenar. Hari ini kami sedang mengalihka­n serpihan, kemudian kami akan membawa keperluan ke setiap rumah,” kata seorang sukarelawa­n, Camila Perez, 23.

Kebakaran membakar rumah dan kereta, serpihan barangan yang terbakar kini bersepah di jalanan – masih tidak jelas sama ada ia telah diletakkan dan ditinggalk­an, atau adakah dalamnya terdapat penduduk yang cuba

melarikan diri dari jalan-jalan sempit lereng bukit.

Agensi forensik negeri kelmarin melaporkan angka kematian berjumlah 122 orang, dengan hanya 32 mangsa yang dapat dikenal pasti.

Kebanyakan kematian berlaku di Vina del Mar, tempat pelanconga­n popular yang terkenal dengan pantai dan taman botaninya.

Datuk Bandar Macarena Ripamonti, memberitah­u pemberita pada Ahad bahawa

“190 masih hilang” di bandar itu, di mana 20,000 orang telah terjejas akibat kebakaran itu.

Kebakaran bermula pada Jumaat di wilayah itu, ditambah buruk oleh angin dan gelombang haba panas yang telah meletakkan suhu pada sekitar 40 darjah Celsius.

Pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada kebakaran dimulakan dengan sengaja.

Abraham Mardones, seorang

pengimpal berusia 24 tahun yang melarikan diri dari rumahnya yang terbakar di Vina del Mar, memberitah­u AFP dia berjaya tipis melarikan diri dari neraka yang merebak pantas.

“Kami melihat api di atas bukit di hadapan kami. Kami melihat ke luar semula dan api sudah berada di dinding rumah kami. Hanya mengambil masa 10 minit. Seluruh bukit terbakar,” katanya.

Sekembalin­ya pada Ahad,

dia mengetahui beberapa jiran maut dalam kebakaran.

Rakan-rakan berlalu dengan memandu trak “membawa mayat abang mereka, bapa mereka, anak perempuan mereka yang rentung.”

Menurut Menteri Dalam Negeri, Carolina Toha, kebakaran pada hujung minggu ini “tanpa syak lagi” kejadian kebakaran paling maut dalam sejarah Chile.

 ?? — Gambar AFP ?? MUSNAH: Penduduk bergotong-royong membersihk­an tanah dan serpihan rumah mereka yang musnah dalam kebakaran hutan di Villa Independen­cia, wilayah Valparaiso kelmarin.
— Gambar AFP MUSNAH: Penduduk bergotong-royong membersihk­an tanah dan serpihan rumah mereka yang musnah dalam kebakaran hutan di Villa Independen­cia, wilayah Valparaiso kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia