Utusan Borneo (Sarawak)

Real, Mbappe dalam rundingan kemungkina­n proses perpindaha­n ke Santiago Bernabeu

- Itu. — AFP

Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid, masih berunding dengan Kylian Mbappe mengenai satu kemungkina­n perpindaha­n ke Santiago Bernabeu pada musim panas akan datang tetapi rundingan masih jauh dari selesai.

Menurut akhbar Britain, The Independen­t, Mbappe dan Madrid masih belum mencapai satu persetujua­n mengenai pakej gajinya. Ia terbukti halangan utama ketika ini.

Wakil Mbappe dilaporkan tidak berpuas hati dengan apa yang ditawarkan dan akan mendesak lebih banyak lagi walaupun pemain dikatakan terdesak untuk berpindah ke kelab gergasi bola sepak Sepanyol itu.

Ada kepercayaa­n di mana penyerang antarabang­sa Perancis berusia 25 tahun itu akan akhirnya menyarung jersi Real Madrid tetapi setakat ini, tiada apa dapat disahkan.

Kelab semasa Mbappe, Paris Saint-Germain (PSG)dikatakan tetap berusaha mencari jalan untuk menghalang satu perpindaha­n ke Sepanyol. Mereka sudah mengemukak­an tawaran kontrak baharu kepada Mbappe, terdesak untuk mengekalka­n penyerang sensasi mereka di Paris.

Bagaimanap­un, mereka tidak akan membiarkan Mbappe mendesak mereka. Kontrak baharu yang ditawarkan adalah sedikit tinggi dari kontrak semasanya yang akan tamat pada akhir musim ini.

Kelab Liverpool dan Arsenal juga dikatakan berminat mendapatka­n Mbappe.

Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris mahu membawanya ke England tetapi mereka tahun mereka perlu memecah struktur gaji kelab untuk mendapatka­n khidmatnya - satu risiko yang mungkin tidak sanggup diambil oleh kedua-dua kelab.

Mbappe tidak mempunyai banyak pilihan pada musim panas ini, berbeza dengan situasi Lionel Messi apabila dia meninggalk­an Barcelona.

Ia tidak jelas jika Real Madrid akan memenuhi tuntutan gaji Mbappe atau jika mereka kekal dengan pendirian sebelum ini.

Real Madrid sudah mengubah pendekatan kontrak mereka sejak bertahun-tahun yang lalu, mendapatka­n pemain muda berbakat dengan kontrak yang tidak mahal sebelum berkembang menjadi pemain bintang.

Beberapa minggu akan datang adalah penting untuk menentukan jika impian Mbappe untuk ke Real Madrid akan tercapai atau PSG akan dapat mengekalka­n penyerang berbisa mereka

 ?? MBAPPE ??
MBAPPE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia