Utusan Borneo (Sarawak)

Martinez cedera lutut, bakal terlepas banyak perlawanan

-

Harapan Manchester United untuk layak ke Liga Juara-Juara musim lepas terjejas dengan berita pemain pertahanan utamanya, Lisandro Martinez dijangka memerlukan rehat sekurang-kurangnya lapan minggu kerana kecederaan lutut yang serius.

Pemain antarabang­sa Argentina itu hanya kembali beraksi dari kecederaan kaki yang menyebabka­nnya tidak beraksi untuk hampir sepanjang musim.

Bagaimanap­un, kehadiran Martinez jelas dirasai ketika United menyerlah dalam beberapa minggu yang lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu dipaksa meninggalk­an padang ketika United menewaskan West Ham United 3-0 ekoran berasak dengan Vladimir Coufal ketika cuba merebut bola.

“Lisandro Martinez mengalami kecederaan serius di bahagian ligamen lututnya dan dijangka tidak dapat beraksi untuk sekurang-kurangnya lapan minggu,” kata United dalam satu kenyataan.

“Kami semua mengharapk­an Licha cepat sembuh dan tidak sabar melihatnya kembali beraksi pada baki musim ini.”

Martinez dijangka tidak dapat beraksi untuk hampir baki musimini,walaupundi­amungkin berpotensi untuk kembali beraksidal­amtujuhper­lawanan liga terakhir musim dan juga dalam aksi Piala FA jika United melangkah lebih jauh.

“Dia sangat sedih dan kecewa,” kata pengurus United, Erik Ten Hag selepas perlawanan menentang West Ham.

“Kami bersimpati dengannya. Pertama sekali, ia sesuatu yang malang kerana kecederaan sangat serius tetapi kita akan tunggu dan lihat. Tetapi ia juga berita buruk untuk pasukan kerana dia memberikan banyak sumbangan kepada pasukan.”

United berada di tangga keenam liga ekoran kemenangan ke atas West Ham, kurang enam mata di belakang Tottenham Hotspur dan lapan mata di belakang pasukan di tangga keempat liga, Aston Villa, lawan mereka Ahad ini.

Empat tangga teratas liga menjamin kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan sementara kedudukan di tangga kelima mungkin sudah memadai bergantung kepada pencapaian pasukan dari England dalam kejohanan di Eropah musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia