Utusan Borneo (Sarawak)

Man City raih kemenangan 3-1

Berkongsi 49 mata dengan Arsenal, bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Brentford hasil sentuhan hatrik Foden

- Ini. — AFP

LONDON: Phil Foden menjaringk­an hatrik ketika Manchester City bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Brentford 3-1 pada Isnin dan menyebabka­n tiga tangga teratas Liga Perdana Inggeris hanya dipisahkan dengan dua mata.

City berkongsi 49 mata dengan Arsenal, dua mata di belakang pendahulu liga, Liverpool namun anak buah Pep Guardiola kurang satu perlawanan.

Juara bertahan liga itu menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Perdana yang memenangi empat perlawanan berturut-turut di tempat lawan walaupun ketinggala­n dalam kesemua perlawanan itu.

Neal Maupay meletakkan Brentford di hadapan tetapi tiada sebarang keraguan tentang keputusan perlawanan sebaik sahaja Foden mengikat kedudukan pada minit akhir sebelum rehat.

Kevin De Bruyne dan Erling Haaland berganding­an untuk mengumpan bola kepada Foden bagi melengkapk­an hatrik kedua dalam kariernya selepas rehat.

Lawan City untuk kejuaraan mungkin harus menyalahka­n diri mereka sendiri kerana gagal menjarakka­n kedudukan ketika De Bruyne dan Haaland tidak beraksi kerana kecederaan dalam beberapa bulan sebelum ini ketika mereka semakin di landasan untuk menjadi kelab pertama yang memenangi kejuaraan liga dalam empat musim berturut-turut.

Guardiola memiliki skuad penuh untuk diturunkan dan mempunyai kelebihan meletakkan pemain bintang seperti Jeremy Doku, Jack Grealish dan John Stones di bangku simpanan.

Penjaga gol Brentford, Mark Flekken diturunkan dalam kesebelasa­n utama walaupun mempunyai rekod yang paling buruk dalam liga.

Bagaimanap­un, penjaga gol dari Belanda itu beraksi cemerlang mengekang asakan City dalam 45 minit pertama permainan.

Flekken bertindak pantas menepis dua cubaan dari luar kotak penalti oleh Julian Alvarez sebelum menepis satu rembatan daripada Kyle Walker.

Brentford jarang mengancam pintu gol City sebelum membuka jaringan pada minit ke-21 dengan City hanya mengelak pintu gol mereka dari dibolosi sebanyak sekali dalam liga sejak bulan Oktober.

Flekken melakukan tendangan gol tepat kepada Ivan Toney, dengan rembatanny­a dihadang Nathan Ake, membolehka­n Maupay mempunyai ruang sebelum menjaringk­an gol kelimanya musim ini.

Haaland mempunyai peluang untuk menjaringk­an gol pada penampilan kesebelasa­n utama yang pertama sejak dua bulan tetapi gagal menewaskan Flekken.

City terus mengasak namun Flekken masih kebal apabila diuji Josko Gvardiol dan De Bruyne dalam usaha mencari gol penyamaan.

Secara keseluruha­nnya, City mempunyai 17 cubaan dengan 10 tepat ke pintu gol dalam separuh masa pertama dan akhirnya asakan demi asakan itu membuahkan hasil.

Ethan Pinnock menanduk satu hantaran De Bruyne ke arah Foden, yang mengawal bola dengan dada sebelum merembat ke pintu gol.

Lapan minit selepas rehat, De Bruyne melakukan satu lagi umpanan tepat untuk membolehka­n Foden menambah jaringan.

Brentford cuba bangkit namun Foden menamatkan saingan dengan gol ketika berbaki 20 minit permainan untuk kemenangan ke-11 dari 12 perlawanan terakhir.

Haaland mungkin gagal menjaringk­an sebarang gol tetapi dia memainkan peranan penting dan umpanan kepada Foden memastikan rakan penyerangn­ya itu menjaringk­an hatrik.

City boleh memintas Liverpool ke tangga teratas liga jika memenangi perlawanan tertangguh mereka dan cabaran kini kepada lawan mereka untuk mengelak hilang fokus pada baki musim

 ?? — Gambar AFP ?? MENDEBARKA­N: Sebahagian daripada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Brentford dan Manchester City di Stadium Komuniti Gtech di London, kelmarin.
— Gambar AFP MENDEBARKA­N: Sebahagian daripada aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Brentford dan Manchester City di Stadium Komuniti Gtech di London, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia