Utusan Borneo (Sarawak)

Vowles beri amaran ‘jangan ganggu’, kontrak Albon kekal sehingga 2025

-

Pengurus pasukan Formula Satu (F1) Williams, James Vowles, mengeluark­an amaran ‘jangan ganggu’ kepada pasukan Mercedes dan Red Bull ketika dia mendedahka­n pada Isnin di mana pemandu pasukannya, Alex Albon, mempunyai kontrak bersama pasukan sehingga akhir musim 2025.

Pengumuman mengejut perpindaha­n Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes ke Ferrari untuk musim 2025, dijangka akan merombak beberapa barisan pemandu F1, dengan pemandu kelahiran Thailand, Albon, dibayangka­n sebagai kemungkina­n pengganti kepada Hamilton.

Albon, 27, juga dikaitkan dengan kepulangan ke Red Bull, dengan kontrak seorang pemandunya, Sergio Perez, akan tamat pada akhir tahun ini.

“Alex menandatan­gani kontrak bersama Williams sehingga akhir 2025,” kata Vowles semasa majlis pelancaran kereta pasukan untuk 2024.

“Ia bukan sesuatu yang saya cakap secara terbuka kerana saya merasakan saya tidak perlu melakukann­ya. Ia adalah tugas kami di Williams untuk mewujudkan satu persekitar­an yang selayaknya untuk pemandu seperti Alex.

“Alex adalah pemandu yang hebat yang selayaknya berada di hadapan saingan.”

Albon menamatkan saingan keseluruha­n kategori pemandu tahun lepas di tangga ke-13 dengan mengumpul 27 mata untuk membantu Williams menduduki tangga ketujuh keseluruha­n dalam kategori pengeluar, pencapaian terbaik pasukan selama enam musim.

Vowles adalah bekas ketua strategi pasukan Mercedes yang menguasai F1 di antara 2014 hingga 2020.

Dan dia mendakwa beberapa pemanduan Albon musim lepas adalah hampir sama dengan apa yang dia lihat dari Hamilton sebelum ini.

“Beberapa gaya pemandunya tahun lepas adalah sama seperti juara lain yang pernah saya bekerja sebelum ini,” tambah Vowles.

“Dia dan saya ada berbual tentang bagaimana kami mahu melangkah ke hadapan, dan bagaimana kami mahu melangkah ke hadapan bersama-sama dengan pasukan untuk satu tempoh lama.”

Albon digugurkan oleh Red Bull pada akhir 2020, tetapi dilaporkan masih mendapat penghormat­an tinggi oleh pasukan juara dunia itu.

Dan dia juga tidak mengesahka­n di mana masa depannya selepas musim ini.

“Kita akan lihat. Masa akan menentukan­nya,” kata Albon.

“Fokus utama ialah 2024 dan membuat perkembang­an untuk 2025. Itulah harapan saya sekarang.

“Jika pasukan berada di kedudukan yang saya mahu, ia pastinya satu tempoh jangka panjang untuk saya dan kami akan melakukann­ya bersama-sama.”

Dilancarka­n oleh Frank Williams pada 1975, Williams menikmati era kegemilang­an pada 1980an dan 1990an, yang termasuk tujuh kejuaraan kategori pemandu. —AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia