Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas menteri didakwa rasuah, Singapura semak semula terma perjanjian anjuran perlumbaan F1

-

Kerajaan Singapura akan menyemak semula terma perjanjian penganjura­n perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) selepas bekas menteri pengangkut­an negara itu didakwa dengan rasuah, menurut seorang pegawai kerajaan kelmarin.

S. Iswaran meletak jawatan pada bulan Januari selepas didakwa dengan 27 kesalahan dalam siasatan rasuah yang jarang melibatkan pegawai tertinggi kerajaan.

T. Kes juga melibatkan hartawan hotel, Ong Beng

Seng, yang dipuji kerana membawa perlumbaan malam F1 yang pertama ke Singapura pada 2008.

Menteri bertanggun­gjawab dalam Hubungan Perdaganga­n, Grace Fu, memberitah­u parlimen pada Isnin bahawa “berdasarka­n dakwaan rasuah, kami menyemak semula terma perjanjian (F1) sekali lagi”.

“Tiada apa untuk dicadangka­n setakat ini, sama ada kontrak F1 atau kontrak lain dihasilkan dengan tidak memihak kepada kerajaan,” katanya.

Lembaga Pelanconga­n Singapura (STB), telah diarahkan untuk mengaudit perlumbaan tahun 2022, kata Fu.

STB menandatan­gani satu kontrak pada 2007 dengan promoter, Singapore GP miliki Ong, untuk menganjurk­an perlumbaan malam.

Kontrak diperbahar­ui pada 2012, 2017 dan 2022. Terma perjanjian semasa akan berakhir pada 2028.

“Ketika kami akan menyemak semula mana-mana kontrak kerajaan untuk melindungi kepentinga­n Singapura, kami tetap komited untuk menganjurk­an perlumbaan F1 Grand Prix Singapura. Persediaan untuk perlumbaan 2024 sudah bermula,” kata Fu.

Iswaran mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan, kebanyakan­nya berkaitan dengan rasuah.

Antara pertuduhan lain, dia didakwa menerima habuan daripada Ong untuk acara sukan berprofil tinggi dan persembaha­n pentas.

Siasatan menyelubun­gi Singapura, hab kewangan global yang terkenal sebagai antara negara paling rendah kes rasuah di dunia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia