Utusan Borneo (Sarawak)

PSM umum empat pemain lengkapkan senarai skuad kebangsaan

- — Bernama

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) memilih empat lagi pemain untuk diserapkan dalam skuad senior kebangsaan sekali gus melengkapk­an senarai 18 pemain bagi menghadapi kejohanan akan datang.

Presiden PSM Datuk Mohd Sumali Reduan berkata penyenarai­an pemain berkenaan, masing-masing dua tekong dan apit kanan diputuskan selepas Kejohanan Piala Emas Khir Johari di Alor Setar, Kedah bulan lepas.

“Untuk killer (apit kanan) kita dah putuskan iaitu Baihakki A’ripin (ATM) dan seorang lagi Mohd Hafizul Hayazi Adnan (Negeri Sembilan).

“Tekong pula ialah Muhammad Syahmi Husin (PDRM) dan Ikhwan Syafiq Mohamad Fitri (Pulau Pinang),” katanya kepada pemberita di sini malam kelmarin.

Pada 12 Dis lepas, PSM mengumumka­n badan induk itu akan menyenarai­kan 18 pemain untuk menyertai skuad lelaki manakala 12 pemain wanita disenaraik­an dalam kem kebangsaan.

Seramai14p­emaindiumu­mkan dalam senarai awal kem kebangsaan terdiri daripada Muhammad Haziq Hairul Nizam, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican, Mohammad Syahir Mohd Rosdi, Muhammad Zuhri dengan masing-masing memikul tanggungja­wab sebagai tekong.

Posisi apit kanan pula diisi Mohamad Azlan Alias, Muhammad Noraizat Mohd Nordin, Muhammad Shahalril Aiman Halim, Muhmmad Redwan Hakim Muhammad dan Muhammad Arief Danial Mohamad Arifin.

Posisi apit kiri melibatkan Amirul Zazwan Amir, Farhan Adam, Muhammad Zaim Razali, Muhammad Lutfil Hadi Azmi dan Aidil Aiman Azwawi.

Sementara itu, Mohd Sumali memaklumka­n dua bekas pemain Thailand, Poonsak Permsap dan Seksan Tubtong dilantik sebagai perunding serta pembantu kepada ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun dalam mempersiap­kan pasukan menghadapi Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di sini dari 17 hingga 27 Mei depan.

“Mereka mula menjalanka­n tugas dari 1 Feb hingga 31 Mei ini. Poonsak akan bantu secara keseluruha­n termasuk bagi regu dan berpasukan serta skuad Malaysia B sementara Seksan fokus kepada pasukan double,” katanya.

Beliau pada masa sama tidak menolak kemungkina­n khidmat kedua-dua individu itu disambung sekiranya keputusan positif diraih skuad kebangsaan pada kejohanan Piala Dunia itu nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia