Utusan Borneo (Sarawak)

Moonton Games bersama KBS dan ESI umum peta hala tuju Mobile Legends

-

KUALA LUMPUR: Moonton Games bersama Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan Esports Integrated (ESI) mengumumka­n peta hala tuju Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Malaysia yang akan menyaksika­n era baharu dan perkembang­an permainan video itu bagi 2024 semalam.

Ketua Pembanguna­n Perniagaan dan Pemasaran Mooton Games Fikri Rizal Mahruddin berkata perancanga­n itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu program Mobile Legends: Bang Bang Academy League Malaysia (MAL MY) yang akan berfungsi sebagai peringkat pembanguna­n akar umbi dengan penglibata­n kumpulan pelajar, orang kurang upaya (OKU) dan golongan wanita.

Beliau berkata program yang akan berkolabra­si dengan IO Esport itu bakal menganjurk­an Liga Akademi yang menawarkan hadi

ah keseluruha­n US$20,000 dalam usaha mencungkil bakat baharu dalam permainan itu.

“Objektif utama ialah ekosistem dengan mengadakan MAL ini dan tujuannya memang untuk fokus kepada akar umbi,” katanya selepas

membentang­kan pelan hala tuju MLBB yang turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim di sini semalam.

Fikri Rizal berkata perancanga­n itu turut melibatkan sasaran memburu keputusan positif di Kejohanan

Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 pada 2024 yang menyaksika­n Malaysia sebagai tuan rumah pada November ini dan Piala Pertengaha­n Musim di Riyadh, Arab Saudi pada Julai.

Selain itu, beliau turut memaklumka­n Stadium MBSJ Serdang Jaya bakal menjadi venue MPL MY bagi Liga Profesiona­l Mobile Legend Malaysia (MPL) yang akan memasuki musim ke-13 dan 14.

Menurutnya venue berkenaan mampu memuatkan lebih 1,000 penonton, sekali ganda lebih besar berbanding venue sebelum ini di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Sementara itu, Adam Adli optimis 2024 bakal menjadi tahun yang menarik untuk menyaksika­n perkembang­an ekosistem bagi e-sukan berdasarka­n kepada perancanga­n yang diatur Moonton Games terutamany­a bagi MLBB. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GRAND FINALS: Aksi peserta ketika bermain pada Grand Finals Malaysia Esport Championsh­ip 2023/2024 (MEC23/24) Kategori Mobile Legends Bang Bang di Spacerubix.
— Gambar Bernama GRAND FINALS: Aksi peserta ketika bermain pada Grand Finals Malaysia Esport Championsh­ip 2023/2024 (MEC23/24) Kategori Mobile Legends Bang Bang di Spacerubix.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia