Utusan Borneo (Sarawak)

Qatar impikan pertahan gelaran

Skuad bimbingan Lopez itu mempunyai kelebihan sokongan padu ‘pemain ke-12’ tamat badi kekalahan

-

DOHA: Perlawanan peringkat separuh akhir Piala Asia 2023 menjanjika­n aksi menarik dan mengujakan apabila menampilka­n tiga bekas juara iaitu juara bertahan Qatar, Iran dan Korea Selatan serta Jordan yang berupaya mencipta kejutan.

Korea Selatan menumbangk­an juara tiga kali Arab Saudi di pusingan 16 terbaik dan juara 2015 Australia di suku akhir akan bertemu Jordan yang menewaskan juara 2007 Iraq dan Tajikistan, di Stadium Ahmad Bin Ali di Al Rayyan malam tadi.

Pada satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Al Thumama di sini hari ini, Qatar yang mengatasi Palestin dan Uzbekistan, akan bertemu juara tiga kali Iran yang berjaya melepasi halangan Syria dan juara empat kali yang juga pilihan kejohanan, Jepun.

Setiap pasukan mempunyai impian masing-masing dengan Qatar yang muncul juara buat kali pertama pada 2019 mengimpika­n untuk mempertaha­nkan gelaran di laman sendiri.

Iran pula mahu menambah koleksi kejuaraan selepas kali terakhir muncul juara pada 1976 sementara Korea Selatan terdesak mahu menamatkan penantian 64 tahun meraih gelaran ketiga dan Jordan yang julung kali mara ke separuh akhir mengintai kejuaraan sulung.

Di atas kertas, Korea Selatan bimbingan Jurgen Klinsmann dipacu kepintaran pemain bintang Tottenham Hotspur Son Heung-min dan Lee Kang-in (Paris Saint-Germain) yang masing-masing telah meledak tiga gol di sini memiliki segala kelebihan untuk menempah tiket ke final.

Skuad Taegeuk Warriors membuktika­n kemampuan mereka mencipta jaringan di lewat permainan selepas menjaringk­an empat gol dalam tempoh tambahan masa untuk ‘membunuh’ semangat pihak lawan sebelum mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Ketika pasukan lain mungkin keletihan, tahap ketahanan Korea Selatan tidak tergugat untuk meraih kemenangan selepas mengharung­i 120 minit permainan dalam dua perlawanan kalah mati dengan satunya berlanjuta­n sehingga ke penentuan penalti untuk mara sejauh ini.

Jordan diberi jolokan ‘The Chivalrous’ merupakan salah satu mangsa Korea Selatan ketika mereka terikat 2-2 pada aksi Kumpulan E yang menyaksika­n Yazan Al Arab menjaringk­an gol sendiri selepas tertampan bola rembatan Hwang In-beom pada tambahan masa.

Namun, skuad bimbingan Hussein Ammouta sudah menjaringk­an keseluruha­n 10 gol dalam kempen kali ini boleh menarik nafas lega apabila Korea Selatan bakal beraksi tanpa pemain Bayern Munich Kim Min-jae yang merupakan tonggak pertahanan pasukan susulan

penggantun­gan.

Sementara itu, pertembung­an antara Qatar dan Iran merupakan aksi 50-50 dijangka berlangsun­g sengit dan mampu berlanjuta­n sehingga ke penentuan penalti.

Masih segar dengan kejayaan membenam Jepun, Team Melli kendalian Amir Ghalenoei juga turun dengan bekalan selesa selepas tidak

tewas dalam enam pertemuan terakhir dengan kejayaan kali terakhir menyaksika­n The Maroons diabikan 0-4 pada aksi persahabat­an Oktober tahun lalu.

Bagaimanap­un, pada kempen kali ini Qatar memiliki rekod pertahanan yang baik apabila hanya melepaskan dua gol setakat ini, sekali gus muncul pasukan yang

paling kurang dibolosi antara yang mara ke pentas separuh akhir.

Sekiranya perlawanan malam ini berlanjuta­n ke penentuan penalti, penjaga gol Qatar Meshaal Barsham mampu menjadi igauan ngeri buat Iran selepas beliau bertindak cemerlang menyelamat­kan tiga sepakan Uzbekistan pada aksi suku

akhir.

Aksi itu juga peluang keemasanun­tukQatarbi­mbingan Marquez Lopez yang mempunyai kelebihan sokongan padu ‘pemain ke-12’ untuk menamatkan badi kekalahan ke atas musuhnya selepas kali terakhir menikmati kemenangan adalah dalam aksi persahabat­an antarabang­sa pada 2009. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? IMPIAN JUARA: Pasukan Qatar pada perlawanan pembukaan di antara Qatar menentang Lubnan pada Piala Asia 2023 di Stadium Lusail.
— Gambar Bernama IMPIAN JUARA: Pasukan Qatar pada perlawanan pembukaan di antara Qatar menentang Lubnan pada Piala Asia 2023 di Stadium Lusail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia