Utusan Borneo (Sarawak)

Minuman keras dan rokok bernilai lebih RM98.7 juta dirampas

-

KUCHING: Pelbagai jenis minuman keras dan rokok bernilai lebih RM98.7 juta dirampas dalam Ops Taring (Kontraban) di daerah Kuching dan Padawan kelmarin.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, rampasan dilakukan Pasukan Siasatan Khas Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) serta Pasukan

Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Menurutnya, seramai lapan lelaki warga tempatan berusia lingkungan 22 hingga 67 tahun ditangkap dalam operasi tersebut.

“Sebanyak tiga serbuan dilakukan ke atas premis berlainan iaitu di Jalan Setia Raja (Kuching), Jalan Padungan (Kuching) dan Batu 7, Jalan Penrissen (Padawan).

“Hasil serbuan telah berjaya merampas 2,858 kotak rokok dan minuman keras pelbagai jenama yang kebanyakan­nya telah tamat tempoh dengan nilai rampasan keseluruha­n mencecah RM98.7 juta termasuk cukai,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus, Komander PPMW5 ACP Ab Rahman Mat Hasan, Komander PGA Briged Sarawak ACP Che Gazali Che

Awang dan Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum enam bulan sehingga lima tahun dan boleh didenda sehingga RM100,000,” katanya.

Kesemua suspek kini direman untuk membantu siasatan.

 ?? ?? RAMPASAN: Mancha (kanan) bersama Ibrahim menunjukka­n antara minuman keras yang dirampas dalam operasi tersebut.
RAMPASAN: Mancha (kanan) bersama Ibrahim menunjukka­n antara minuman keras yang dirampas dalam operasi tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia