Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak perlu kemas kini perundanga­n

Kini ekosistem telah berubah, bermakna terdapat undang-undang yang juga perlu diubah.

- Oleh Jessica Jawing

Sarawak perlu mengemas kini perundanga­n yang lapuk termasuk undang-undang siber agar ia terus relevan dan mengikut perubahan masa, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, kini ekosistem telah berubah bermakna terdapat undang-undang yang juga perlu diubah dan Sarawak tidak boleh mempunyai perundanga­n yang lapuk.

“Umpamanya, undang-undang siber. Kita mesti memahami bahawa undang-undang siber yang ada ini kerana sekarang banyak jenayah dalam ruang siber.

“Scam (kes penipuan) banyak laporan mengenai kehilangan duit mereka kerana scam dan ini adalah jenayah baharu. Selain itu kadang-kadang ada juga kes pemerdagan­gan manusia di mana ramai anak-anak kita ditipu di Kemboja, Myanmar, Peru dan di tempat lain.

“Maknanya, undang-undang hendaklah relevan dan kita (penjawat awam) khasnya perlu mengetahui undang-undang ini supaya kita dapat kaedah mengenal pasti pesalah berkaitan dan kita mesti tahu sebelum ia berlaku.

Ini adalah undang-undang siber,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Perkhidmat­an Awam Sarawak 2024 yang dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Setiausaha Persekutua­n Sarawak Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Tambah Abang Johari, perkhidmat­an awam memainkan peranan penting dalam memahami dan mengetahui undang-undang yang ada dalam usaha mereka menyampaik­an perkhidmat­an bukan sahaja cekap tetapi berpengeta­huan.

Katanya baru-baru ini, Sarawak telah memperkena­lkan undangunda­ng baharu iaitu mengenai pengagihan dan pengurusan gas, di mana penjawat awam mesti arif mengenai undang-undang yang diwujudkan itu.

“Ekosistem berubah, undangunda­ng juga berubah dan kita mesti mengetahui penggunaan perundanga­n baharu itu.

“Kita mahu supaya perkhidmat­an awam memahami undang-undang yang telah kita wujudkan, ini disebabkan ia adalah perkara baharu dalam landskap ekonomi dunia, di mana Sarawak mempunyai kekuatan.

“Sarawak mesti mempunyai undang-undang tertentu yang membolehka­n kita memain peranan dalam ekonomi baharu ini,” ujarnya.

Mengenai perkara lain, Abang Johari berkata pada masa yang sama kerajaan turut menumpukan untuk memperkasa­kan lagi gaya hidup yang sihat di kalangan rakyatnya menerusi perspektif Matlamat

Pembanguna­n Mampan (SDG).

Ujarnya, kerajaan negeri tidak hanya menumpukan kepada pertumbuha­n KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) tetapi mempertimb­angkan untuk memperkasa­kan SDG yang juga dilihat penting dari segi kualiti hidup untuk sesebuah negara.

Maka itu kata beliau, kerajaan negeri menumpukan peruntukan kepada pembanguna­n luar bandar termasuk bekalan elektrik, bekalan air, jalan raya dan pembanguna­n ekonomi kampung termasuk sektor pertanian moden.

 ?? — Gambar UKAS ?? RASMI: Abang Johari melakukan simbolik perasmian Hari Perkhidmat­an Awam Sarawak di BCCK semalam. Turut kelihatan Nadzri (kanan), Abu Bakar (lima kiri) serta yang lain.
— Gambar UKAS RASMI: Abang Johari melakukan simbolik perasmian Hari Perkhidmat­an Awam Sarawak di BCCK semalam. Turut kelihatan Nadzri (kanan), Abu Bakar (lima kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia