Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar digalak rangkul sifat terbaik Tahun Naga

-

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tung Hua digalakkan untuk merangkul sifat-sifat naga dan mengalirka­nnya ke arah matlamat akademik dan peribadi mereka.

Pengetua Goi Nguok Yew berkata, orang Cina percaya bahawa naga adalah makhluk ghaib yang dikenali kerana bakat dan kecemerlan­gannya.

“Mereka yang berprinsip tinggi dan mampu mencapai kejayaan besar disebut sebagai ‘Naga’ seperti yang digambarka­n oleh orangorang purba.

“Tahun Naga sering dikaitkan dengan kekuatan, bercita-cita dan berdaya hidup.

“Saya berdoa agar pelajarpel­ajar merangkul sifat-sifat ini dan mengalirka­nnya ke arah matlamat akademik dan peribadi mereka,” ujarnya pada sambutan Tahun Ba

haru Cina SMK Tung Hua di sini, semalam.

Goi juga berharap Tahun Naga akan berfungsi sebagai

daya dorong untuk pelajar berusaha mencapai kecemerlan­gan dan mengambil manfaat daripada perjalanan

pendidikan mereka.

Tentang sambutan itu katanya, ia adalah untuk menggalakk­an kepelbagai­an budaya, memupuk pemahaman bersama dan membudayak­an rasa hormat dalam kalangan pelajar dan warga sekolah.

“Dengan menyambut Tahun Baharu Cina, sekolah memberikan peluang kepada pelajar untuk mempelajar­i dan menghargai tradisi, adat dan nilai-nilai yang berkaitan dengan festival penting ini dalam budaya Cina.

“Ia juga membolehka­n pelajar-pelajar dari latar belakang yang berbeza untuk bersama-sama, berkongsi pengalaman dan membangunk­an rasa kesatuan dan inklusivit­i dalam komuniti sekolah,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan Dr Wong Soon Ting, Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar Hii Toh Huat dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) James Wong.

 ?? ?? HARGAI TRADISI: Goi (empat kiri) dan Dr Wong (lima kanan) ketika merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina SMK Tung Hua Sibu, semalam.
HARGAI TRADISI: Goi (empat kiri) dan Dr Wong (lima kanan) ketika merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina SMK Tung Hua Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia