Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib berada dalam keadaan baik, masih terima rawatan di kediamanny­a

-

Keadaan beliau Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, kini berada dalam keadaan baik dan masih menerima rawatan di kediamanny­a di Demak Jaya di sini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, malahan beliau dimaklumka­n terdapat doktor dan jururawat daripada Pusat Perubatan Pakar Normah yang memberikan rawatan kepada Tun Taib.

“Beliau (Tun Taib) masih menerima rawatan di kediamanny­a dan ada jururawat serta doktor dari Normah.

“Saya belum menerima laporan terkini keadaan kesihatann­ya, tetapi dia dalam keadaan baik. Beliau memang sakit tetapi keadaan masih baik, “katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Perkhidmat­an Awam Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Ditanya sama ada beliau telah melawat sendiri Tun Taib, Abang Johari berkata sehingga kini beliau belum melawat bekas Ketua Menteri itu.

“Saya belum berjumpa (lawat). kerana beliau masih lagi dalam rawatan, “ujarnya.

Sementara itu pada semalam juga, polis Sarawak turut mengesahka­n Tun Taib berada di kediaman peribadiny­a di Demak Jaya, Petra Jaya di sini.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, beliau Yang di-Pertua Negeri terbabit berada dalam keadaan selamat dan tidak dibawa meninggalk­an negeri ini.

Pengesahan itu susulan laporan polis yang dibuat terhadap isteri Taib, Toh Puan Raghad Kurdi Taib kerana membawanya keluar dari hospital swasta di sini pada 11.56 malam Sabtu.

Mancha berkata, setakat ini, lapan laporan polis telah diterima termasuk laporan daripada ahli keluarga Tun Taib.

Dua hari lepas, polis mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian Taib dibawa keluar oleh Ragad dari sebuah hospital swasta dan kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang boleh membahayak­an nyawa atau keselamata­n orang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia