Utusan Borneo (Sarawak)

Penjawat awam mesti kekal relevan untuk pastikan penyampaia­n perkhidmat­an cekap, memuaskan

-

KUCHING: Penjawat awam mesti kekal relevan untuk memastikan penyampaia­n perkhidmat­an yang cekap dan memuaskan kepada orang awam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, namun untuk kekal relevan itu, adalah penting dalam penjawat awam untuk meningkatk­an, menerima perubahan teknologi dan meneroka pendekatan inovatif untuk penyampaia­n perkhidmat­an.

Perkhidmat­an awam, sebagai pelaksana dasar kerajaan dan jentera yang bertanggun­jawab untuk menyampaik­an perkhidmat­an, mesti menyesuaik­an dengan trend serta perubahan semasa untuk memenuhi keperluan dan harapan rakyat serta pihak berkepenti­ngan dengan berkesan.

Ia termasuk dengan meningkatk­an perkhidmat­an awam bagi memperkasa­kan asas pengetahua­n kakitangan awam kita.

Dengan melabur dalam program latihan berterusan serta pembanguna­n profesiona­l, kita memperkasa­kan tenaga kerja dengan kemahiran dan kecekapan yang diperlukan ke atas peluang yang baharu, katanya.

Beliau berkata demikian

berucap pada Hari Perkhidmat­an Awam Sarawak 2024 yang dirasmikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Menurut Abu Bakar, dengan tenaga kerja yang mahir dan berilmu, perkhidmat­an awam Sarawak (SCS) khasnya boleh memberi bimbingan dan sokongan kepada semua pihak berkepenti­ngan dalam menjalani cabaran serta peluang semasa.

Katanya SCS juga akan terus komited dalam pelaksanaa­n dan penyampaia­n program serta projek daripada kerajaan negeri.

Dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sebanyak RM38.0 bilion telah diperuntuk­kan untuk 1,386 projek dimana hampir 50 peratus daripadany­a siap.

Pada tahun 2023, sebanyak 89.8 peratus daripada peruntukan RM8 bilion telah digunakan dan ia menunjukan kehebatn fiskal.

Selain itu dibawah Pembiayaan

Alternatif, sebanyak 2,133 projek bernilai RM41.4 bilion telah diluluskan dengan 786 projek selesai, ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Persekutua­n Sarawak, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan dalam ucapannya menyeru kepada semua penjawat awam melaksanak­an tanggung jawab dengan mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Seterusnya kata beliau, mengemaski­ni maklumat masing-masing bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindung­an sosial sekiranya layak dan juga mendapat manfaat daripada inisiatif-inisiatif yang dilaksanak­an oleh kerajaan.

PADU menyediaka­n pangkalan data negara yang selamat, komprehens­if dan near real time bagi penghasila­n analitik berkala dan digitalisa­si tanpa ketirisan dimana ianya mengandung­i profil individu dan isi rumah meliputi warganegar­a dan pemastauti­n tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.

Tujuannya adalah untuk meningkatk­an kecekapan perancanga­n dasar dan pengagihan sumber, terutama pengagihan subsidi dan bantuan Kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak, katanya.

Beliau percaya dengan adanya data dari sistem PADU itu juga boleh menyumbang kepada aspirasi Sarawak seperti dalam rangka Strategi Pembanguna­n Pasca COVID19 2030 (PCDS 2030).

Katanya dimana Premier Sarawak pernah menyatakan bahawa Menjelang 2030, Sarawak akan melahirkan masyarakat maju berteraska­n data dan inovasi di mana semua rakyat akan menikmati kemakmuran ekonomi, keterangku­man sosial dan kemampanan alam sekitar.

 ?? — Gambar UKAS ?? ANUGERAH: Abang Johari menyampaik­an anugerah kepada penjawat awam sempena Hari Perkhidmat­an Awam Sarawak 2024. Turut kelihatan Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (depan,tiga kanan), Abu Bakar (depan, dua kiri) dan Nadzri (depan, dua kanan).
— Gambar UKAS ANUGERAH: Abang Johari menyampaik­an anugerah kepada penjawat awam sempena Hari Perkhidmat­an Awam Sarawak 2024. Turut kelihatan Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (depan,tiga kanan), Abu Bakar (depan, dua kiri) dan Nadzri (depan, dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia