Utusan Borneo (Sarawak)

Jadikan Sarawak pusat utama bidang perubatan

European Wellness ingin mewujudkan Hab Kesihatan Perubatan Dunia di negeri ini: Dr Mike

-

Saya berhasrat untuk menarik golongan yang memerlukan perkhidmat­an kesihatan ke Sarawak agar mereka dapat menerima rawatan dan terapi di sini sebagai alternatif kepada pergi ke luar negara.

KUCHING: Kumpulan Bio-Perubatan Kesihatan Eropah, European Wellness, telah menyatakan hasrat untuk menjadikan Sarawak sebagai pusat utama dalam bidang perubatan, khususnya dalam teknologi bioteknolo­gi stem cell (sel punca).

Pengasas European Wellness, Profesor Dato’ Sri Dr. Mike K.S. Chan berkata, pihaknya ingin mewujudkan Hab Kesihatan Perubatan Dunia di Sarawak yang bukan sahaja berpotensi menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan bagi tujuan perubatan, malah diyakini dapat menarik pengunjung dari dalam dan luar negara untuk mendapatka­n rawatan.

Ke arah itu, beliau menekankan bahawa sokongan daripada kerajaan Sarawak adalah penting bagi kejayaan projek ini.

“Saya berhasrat untuk menarik golongan yang memerlukan perkhidmat­an kesihatan ke Sarawak agar mereka dapat menerima rawatan dan terapi di sini sebagai alternatif kepada pergi ke luar negara.

“Saya memiliki pusat di Santorini serta 46 pusat di seluruh dunia, termasuk di Jerman dan hospital di Vietnam.

“Jadi, sudah tiba maSementar­a

Profesor Dato Sri Dr Mike K.S. Chan Pengasas European Wellness

sanya untuk kita mempunyai hab di sini dan kami telah menubuhkan pusat bagi European Wellness di Pullman,”katanya menerusi laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau berkata demikian semasa ditemubual media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di

sini, hari ini.

Turut menyertai kunjungan tersebut ialah Presiden Persekutua­n Persatuan Perniagaan Sarawak Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg, Penasihat Pembanguna­n Perniagaan European Wellness Nor Aishah Tan Abdullah, Pengurus European Wellness Sarawak Willy Poong Hui Lee dan Pengurus European Wellness Sarawak Tan Chet

Shien.

Selain itu, Profesor Dato’ Sri Dr. Mike turut menyatakan keinginan pihaknya untuk menubuhkan Hab Pendidikan Pelanconga­n Kesihatan Dunia bagi menyumbang pengetahua­n dan kepakaran mereka, seterusnya Pusat Sains Penyelidik­an bagi membuka peluang pekerjaan dan teknologi di negeri ini.

Bukan itu sahaja, pihaknya

turut berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada panel kesejahter­aan negeri, dengan tujuan menawarkan alternatif lain kepada golongan yang dirawat, tanpa mengabaika­n golongan miskin.

Dalam masa sama, beliau juga menyatakan minat untuk memberi tumpuan kepada kanak-kanak berkeperlu­an khas seperti Autism, Sindrom Down serta Kecederaan Otak memandangk­an beliau telah merawat beribu-ribu kanakkanak Autism dan Sindrom Down di Timur Tengah.

Jelasnya lanjut, menerusi kunjungan hormat tersebut, beliau meletakkan keyakinan kepada Datuk Patinggi Abang Zohari bahawa Sarawak dapat melangkah ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang perubatan dan berkemunhk­inan menjadi destinasi perubatan alternatif untuk golongan kurang mampu, dan pusat premium untuk golongan berada.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Dr Mike (tiga kiri) bersama rombongan merakam kenangan dengan Abang Johari selepas melakukan kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia semalam.
UNTUK ALBUM: Dr Mike (tiga kiri) bersama rombongan merakam kenangan dengan Abang Johari selepas melakukan kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia