Utusan Borneo (Sarawak)

RM5 juta diwakaf untuk pesakit memerlukan bantuan di Pusat Kesihatan Prima UNIMAS

-

Kerajaan Sarawak telah mewakafkan RM5 juta untuk insentif kesihatan bagi pesakit yang memerlukan bantuan kesihatan di Pusat Kesihatan Prima Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Naib Canselor UNIMAS Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit berkata, pemberian wakaf itu dinyatakan sendiri oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam kunjungan hormat di pejabat beliau tadi.

Menurut Profesor Dr. Ahmad Hata, beberapa perkara berkaitan pembukaan pusat kesihatan tersebut juga telah dibentangk­an kepada Premier Sarawak untuk makluman beliau.

“Pembukaan tersebut dijangka akan siap dalam bulan April atau Mei, tertakluk kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pemaju. Setakat ini pelaksanaa­nnya sudah mencapai 99 peratus.

“Wakaf ini akan membantu pesakit-pesakit khususnya di sekitar Samarahan yang menghidap penyakit barah atau penyakit-penyakit kronik lain untuk membuat rawatan di pusat kita,”katanya menerusi laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Antara Pengurusan Tertinggi UNIMAS yang menyertai kunjungan tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Naib Canselor Prof Dr Ahmad Hata Rasit, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Profesir Ir Is Dr Al-Khalid Othman, Timbalan Naib Canselor Penyelidik­an dan Inovasi Profesor Ir Dr Siti Noor Linda Taib, Pendaftar Azlan Ramli dan Pegawai Khas Naib Canselor Mohd Husaini Noorjaya Chew.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia