Utusan Borneo (Sarawak)

Hotel Roxy Impiana dibuka selepas 18 bulan kerja pengubahsu­aian

-

Satu majlis perasmian besar-besaran telah diadakan untuk Hotel Roxy Impiana di sini semalam selepas menjalani 18 bulan kerja pengubahsu­aian untuk menghidupk­an semula bangunan yang dahulunya terbiar.

Terletak di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, bangunan itu mula dibina pada 1967 dan dibuka kepada pelanggan sebagai Country View Hotel iaitu tempat karaoke popular untuk penduduk tempatan yang menampilka­n kumpulan muzik Filipina.

Pengurusan bangunan telah ditukar pada akhir 1980-an dan ia kemudianny­a dinamakan semula sebagai Hotel Impiana sebelum ditinggalk­an pada awal 2000 selama kira-kira 20 tahun.

Bangunan itu sering dikaitkan dengan hantu oleh penduduk tempatan kerana keadaannya yang usang sebelum Tecktonic & Sons Holdings, pemaju hartanah yang mapan, mengambil alih bangunan itu untuk membaik pulihnya sebagai hotel butik baharu.

Semasa merasmikan pembukaan semalam, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia adalah sambutan kejayaan kelahiran semula sebuah hotel lama yang terbiar.

“Konsep (memulihkan bangunan terbiar) bukan sahaja mempunyai potensi besar untuk pembanguna­n ekonomi tetapi juga mewakili komitmen yang lebih mendalam kepada pertumbuha­n yang mampan dan inklusif,” katanya.

Awang Tengah berkata perancanga­n bandar memainkan peranan penting dalam membentuk bandar dan perancanga­n yang bernas serta strategik akan mewujudkan ruang yang lebih sesuai untuk didiami dan bertenaga untuk rakyat.

“Konsep menghidupk­an semula bangunan lama yang terbiar yang kita lihat hari ini selaras dengan visi ini.

“Daripada membina struktur baharu dari awal, kita menggunaka­nsemulaase­tsedia

ada, memelihara warisan seni bina dan sejarah bandar kita dan mengurangk­an tekanan pada sumber,” katanya.

Justeru, Awang Tengah memuji Tecktonic & Sons Holdings kerana berpandang­an jauh dalam mencari

nilai dalam bangunan terbiar sebelum melabur di dalamnya untuk mendapatka­n semula status mereka sebagai mercu tanda dalam kalangan masyarakat setempat.

Pengarah Urusan Tecktonic & Sons Holdings Lee Chin

Teck pula berkata bangunan Hotel Roxy Impiana telah wujud sebelum Wisma Saberkas sedia ada dibina di Jalan Tun Abang Haji Openg tetapi hartanah itu mengalami perubahan pemilikan kira-kira 10 kali berdasarka­n rekod hak milik tanah.

Lee berkata anggaran kos untuk membaik pulih Hotel Roxy Impiana daripada keadaan rosak adalah antara RM12 dan RM15 juta tetapi ia adalah pelaburan berbaloi.

“Sebagai pemaju, tugas saya bukan sahaja membina pangsapuri atau rumah kedai. Saya tidak boleh (tahan) melihat mana-mana bangunan terbiar di bandar Kuching.

“Itulah tugas saya kerana untuk menukar bangunan yang dikhabarka­n berhantu menjadi hotel moden bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan oleh semua orang,” katanya.

Lee menggarisk­an komitmenny­a untuk bekerjasam­a dengan kerajaan negeri untuk menjadikan Kuching sebagai bandar yang lebih baik dan Tecktonic & Sons Holdings telah membanggak­an rekod prestasi yang luar biasa dalam memulihkan dan membina semula bangunan terbiar.

Semasa majlis perasmian, Tecktonic & Sons Holdings turut melancarka­n projek pembanguna­n hartanah terbaru mereka, iaitu pangsapuri Springvale dan Summervale yang kedua-duanya terletak secara strategik dalam hab komersial dan kediaman utama Taman BDC dan Saradise.

Diskaun sebanyak RM14,000 ditawarkan sehingga Chap Goh Mei atau hari ke-15 perayaan Tahun Baharu Cina kepada pelanggan yang membuat tempahan untuk pangsapuri Springvale atau Summervale.

Hadir sama pada majlis perasmian Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan Datuk Malcom Mussen Lamoh dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar Datu Zaidi Mahdi.

 ?? ?? KENANGAN: (Dari dua kiri) Malcom, Lee, Awang Tengah, Zaidi dan yang lain merakam kenangan di hadapan Hotel Roxy Impiana yang baru diubah suai dan dirasmikan semalam.
KENANGAN: (Dari dua kiri) Malcom, Lee, Awang Tengah, Zaidi dan yang lain merakam kenangan di hadapan Hotel Roxy Impiana yang baru diubah suai dan dirasmikan semalam.
 ?? ?? DIBUKA: Hotel Roxy Impiana dibuka kepada orang ramai selepas menjalani kerja-kerja pengubahsu­aian selama 18 bulan.
DIBUKA: Hotel Roxy Impiana dibuka kepada orang ramai selepas menjalani kerja-kerja pengubahsu­aian selama 18 bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia