Utusan Borneo (Sarawak)

Bidayuh hoskan sambutan Gawai Dayak peringkat negeri tahun ini

-

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata komuniti Bidayuh akan menghoskan sambutan Gawai Dayak peringkat negeri tahun ini.

Beliau berkata tahun ini merupakan giliran kaum Bidayuhmen­ganjurkans­ambutan Gawai Dayak peringkat negeri selepas sambutan tahun lalu dihoskan oleh Iban dan 2022 dianjurkan oleh Orang Ulu.

“Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn akan mempengeru­sikan Jawatankua­sa Pengurusan Sambutan Gawai Dayak 2024,” katanya pada Majlis Makan Malam Apresiasi Sambutan Gawai Dayak 2023 di sini, malam kelmarin.

Uggah berkata sambutan tahun lalu paling bermakna dan akan dikenang kerana kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai yang mempengeru­sikan jawatankua­sa penganjur Sambutan Gawai Dayak tahun lalu dalam ucapanalua­nnyamenguc­apkan tahniah kepada Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Malaysia, Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Sarawak serta agensi-agensi dan individu yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjura­n tahun lalu.

Beliau juga meminta semua agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bekerjasam­a dan saling membantume­njayakanpe­nganjuran sambutan tahun ini.

Menurutnya Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah memperuntu­kkan RM1 juta bagi menganjurk­an Sambutan Gawai Dayak 2023.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Timbalan Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Dr Jerip Susil, ADUN Tamin Christophe­r Gira Sambang, Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata, Setiausaha Tetap Kementeria­n Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Sirai Daha, Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Datu Ik Pahon Joyik dan wakil Persatuan Persekutua­n Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM) Peter Sawal.

 ?? ?? GILIRAN: Sikie (barisan depan, kanan) menyerahka­n‘tikar lampit’kepada Sagah (empat kiri) sebagai simbolik penyerahan tugas menganjurk­an Sambutan Gawai Dayak 2024 bagi pihak kaum Bidayuh. Turut kelihatan (dari kiri) Peter, Ik Pahon, Dr Jerip, Uggah, Dr Rundi, Mancha, Gira dan Sirai.
GILIRAN: Sikie (barisan depan, kanan) menyerahka­n‘tikar lampit’kepada Sagah (empat kiri) sebagai simbolik penyerahan tugas menganjurk­an Sambutan Gawai Dayak 2024 bagi pihak kaum Bidayuh. Turut kelihatan (dari kiri) Peter, Ik Pahon, Dr Jerip, Uggah, Dr Rundi, Mancha, Gira dan Sirai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia