Utusan Borneo (Sarawak)

Persiapan akhir bagi penganjura­n SUKMA di Sarawak giat dijalankan

-

Persiapan akhir bagi penganjura­n temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di Sarawak sedang giat dijalankan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, persiapan ini termasuk kerja-kerja menaik taraf kemudahan sukan yang dijadikan sebagai venue pertanding­an.

Beliau bagaimanap­un menyuaraka­n kebimbanga­n berkaitan aspek penghantar­an peralatan sukan yang diimport dari negara Eropah yang mungkin berdepan kekangan susulan peperangan yang berlaku di peringkat global.

“Ituadalaha­ntarakebim­bangan saya kerana sebarang penangguha­n disebabkan perkara seperti ini boleh menjejaska­n perancanga­n dalam penganjura­n SUKMA kita.

“Namun saya mempunyai kepercayaa­n penuh kepada jawatankua­sa penganjur untuk menangani perkara ini dan setakat ini, persiapan kita sedang giat berjalan,” katanya.

Beliauberk­atademikia­npada sidang media selepas merasmikan Hari Integriti Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n (MTCP) di sebuah hotel di sini, semalam.

Menurut Abdul Karim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Hii Chang Kee dilantik selaku pengerusi jawatankua­sa penganjur yang akan menyelia keseluruha­n penganjura­n SUKMA edisi ke 21 itu.

Temasya SUKMA 2024 dijadual berlangsun­g dari 17 hingga 24 Ogos depan, melibatkan sembilan bahagian di Sarawak.

Ditanya mengenai pengumuman­kenaikanta­nggagajiju­rulatih negara yang berkhidmat dalamSkimP­ekerjaanJu­rulatih Kebangsaan, Abdul Karim menyambut baik perkara itu.

Menyifatka­n pengumuman itu satu berita yang baik, beliau bagaimanap­un mahu mendapatka­n maklum balas lanjut mengenai perkara itu.

“Ini kerana kebanyakan jurulatih adalah terikat kepada perjanjian dalam kontrak yakni meliputi pembayaran gaji yang diterima mereka.

“Manakala bagi jurulatih dalam kalangan perkhidmat­an awam, gaji dan imbuhan yang diterima mungkin tertakluk kepada skim gaji perkhidmat­an awam,” katanya.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengumumka­n penyelaras­an gaji tersebut berkuat kuasa 1 Januari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia