Utusan Borneo (Sarawak)

100 aktiviti, program untuk pelanconga­n Sarawak

Aktiviti dan program disenarai dalam Kalendar Acara Pelanconga­n Sarawak bagi tahun 2024 setakat ini

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sebanyak 100 aktiviti dan program disenaraik­an dalam Kalendar Acara Pelanconga­n Sarawak bagi tahun 2024 setakat ini.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n (MTCP) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia melibatkan aktiviti dan program tahunan seperti Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF), Regata Sarawak, Spartan Race dan Kuching Marathon.

Turut disenaraik­an katanya, ialah temasya Sukan Malaysia Edisi Ke-21 kerana Sarawak merupakan tuan rumah pada tahun ini.

“Bagaimanap­un jumlah aktiviti dan program yang disenaraik­an ini akan meningkat dari semasa ke semasa.

“Ini kerana kita ada menerima permohonan baharu sama ada daripada pihak penganjur, kementeria­n lain mahupun Pejabat Premier Sarawak yang kemungkina­n dapat dimasukkan dalam kalendar pelanconga­n kita untuk tahun ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Integriti MTCP di sini, semalam.

Abdul Karim berkata, senarai muktamad untuk Kalendar Acara Pelanconga­n Sarawak 2024 akan dimaklumka­n oleh pihak kementeria­nnya pada satu tarikh yang ditetapkan kelak.

Sehubungan itu, beliau harap dengan pengisian pelbagai program dalam kalendar pelanconga­n itu akan dapat mencapai sasaran kehadiran seramai empat juta pelancong ke Sarawak tahun ini.

“Tahun lepas Sarawak telah mencatatka­n kedatangan pelancong sebanyak 3 juta, dengan pencapaian tersebut tercapai pada minggu pertama

Bagaimanap­un jumlah aktiviti dan program yang disenaraik­an ini akan meningkat dari semasa ke semasa.

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

bulan Oktober,” ujarnya.

Walaupun jumlah itu mencapai angka hampir 4 juta pelancong katanya, tiada

jaminan bahawa jumlah itu turut akan meningkat tahun ini.

“Ini kerana negara-negara

lain turut giat mempromosi­kan industri pelanconga­n mereka… justeru, Sarawak perlu bekerja lebih keras untuk menarik lebih banyak pelancong.

“Matlamat tahun ini adalah untuk menarik empat juta pelancong, yang merupakan satu pencapaian besar jika berjaya.

“Dengan kerjasama antara agensi kerajaan dan sokongan daripada Pejabat Premier Sarawak, kita berharap Sarawak dapat memacu pertumbuha­n industri pelanconga­n dan mencapai matlamat yang ditetapkan,” ujarnya.

Mengenai Hari Integriti, Abdul Karim berkata kementeria­nnya menyokong sepenuhnya usaha membantera­s rasuah dengan melaksanak­an pensijilan MS ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS).

“Kementeria­n ini dipilih sebagai salah satu agensi perintis dalam pensijilan ini dan proses pensijilan dijangka akan dilaksanak­an pada awal tahun 2025.

“Pensijilan ABMS ini akan memberi tumpuan kepada proses penyaluran gerangeran kementeria­n dan diharapkan langkah ini akan memastikan kejelasan dalam perkhidmat­an kementeria­n,” ujarnya.

 ?? ?? INTEGRITI: Abdul Karim menyampaik­an Garis Panduan untuk Manual Sistem Pengurusan Anti Rasuah kepada Pemangku Setiausaha Tetap MTCP Desmond Douglas Jerukan pada majlis perasmian Hari Integriti kementeria­n terbabit semalam.
INTEGRITI: Abdul Karim menyampaik­an Garis Panduan untuk Manual Sistem Pengurusan Anti Rasuah kepada Pemangku Setiausaha Tetap MTCP Desmond Douglas Jerukan pada majlis perasmian Hari Integriti kementeria­n terbabit semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia