Utusan Borneo (Sarawak)

Sokong wakil rakyat bawa perubahan pembanguna­n

Sokongan kuat, kukuh kepada wakil rakyat tempatan bawa perubahan nyata dalam pembanguna­n fizikal di sesebuah kawasan

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari Menteri Pengangkut­an Sarawak

MIRI: Sokongan yang kuat serta kukuh kepada wakil rakyat tempatan telah membawa perubahan nyata dalam pembanguna­n fizikal di sesebuah kawasan pentadbira­n.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin mengakui kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin dahulu tidak seperti sekarang yang telah berubah wajah kepada bandar satelit.

“Dahulu kawasan ini adalah hutan namun ia berubah kepada bandar satelit yang lengkap dengan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik serta bekalan gas.

“Inilah kemajuan yang telah dicapai kerana ia adalah hasil sokongan kuat kepada

saya dalam usaha untuk memohon kemudahan asas demi membangunk­an kawasan ini,” katanya.

Lee yang juga ADUN Senadin berkata demikian pada Majlis Apresiasi dan Rimup Peringkat Sekolah

Kebangsaan (SK) Tudan Jaya di sini semalam.

Hadir sama ialah Guru Besar SK Tudan Jaya Suriyati

Amit, Penolong Kanan Pentadbira­n Siti Aisah Abdullah dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Fabian William Story.

Rakyat Sarawak tambahnya, perlu mengekal tradisi hidup secara harmoni dan tenteram di bawah satu bumbung meskipun berlainan agama serta mengamal adat resam berbeza.

“Sarawak menjadi contoh sebuah negeri yang harmoni bukan sahaja di Malaysia malahan telah diiktiraf di seluruh dunia.

“Bahkan pelancong suka datang ke Sarawak kerana mereka menikmati budaya dan perayaan besar yang diraikan di Sarawak sepanjang tahun,” jelasnya.

Ia termasuk perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Gawai Dayak, Krismas dan sebagainya yang diraikan bersama.

“Kita dapat hidup harmoni dan bersama meraikan perayaan setiap suku kaum menerusi rumah terbuka seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak dan Hari Krismas.

“Ia menjadi tradisi di negeri ini dan generasi muda harus belajar dan mewarisi keharmonia­n ini untuk diteruskan kepada generasi akan datang,” jelasnya.

Beliau pada majlis sama mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM10,000 untuk sekolah dan RM15,000 untuk PIBG.

Dahulu kawasan ini adalah hutan namun ia berubah kepada bandar satelit yang lengkap dengan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik serta bekalan gas.

Dato Sri Lee Kim Shin

 ?? ?? SANGAT MERIAH: Lee bersama guru serta murid SK Tudan Jaya yang berpakaian serba merah melaungkan Gong Xi Fa Chai sempena Majlis Apresiasi dan Rimup SK Tudan Jaya di Miri semalam.
SANGAT MERIAH: Lee bersama guru serta murid SK Tudan Jaya yang berpakaian serba merah melaungkan Gong Xi Fa Chai sempena Majlis Apresiasi dan Rimup SK Tudan Jaya di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia