Utusan Borneo (Sarawak)

Bidang pendidikan asas utama pembanguna­n, kegemilang­an sesebuah negara, kata Doris

-

Bidang pendidikan merupakan asas utama pembanguna­n dan kegemilang­an sesebuah negara, kata Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie.

Dalam era ini katanya, persaingan hidup memerlukan setiap warganegar­a memiliki tahap pendidikan yang tinggi agar menepati piawai global seterusnya mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat luar atau global.

Oleh itu katanya, bagi memastikan anak-anak kita berada pada tahap piawai global tersebut, inovasi dan pembanguna­n pendidikan sering diberi penekanan dari tahun ke tahun.

Doris berkata demikian Ketika berucap merasmikan Hari Apresiasi Kanak-Kanak Tabika dan Taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman Sesi 2023/2024 di Dewan Suarah Sri Aman di sini semalam.

Menurutnya, kecemerlan­gan dan kejayaan yang dicapai murid bukanlah sesuatu yang datang dengan sendirinya tanpa adanya bimbingan dan didikan para guru.

Usaha gigih dan tekun para guru, tidak boleh kita anggap sebagai bidang pekerjaan semata-mata kerana tugas mereka lebih daripada itu.

“Bagi kita orang luar yang tidak berada dalam lingkungan kawasan tabika mahupun taska atau ibu bapa, guru ialah pengajar tetapi sebenarnya, tugas mereka bukan setakat mengajar, merekalah orang yang mendidik anakanak dengan kemahiran-kemahiran lain seperti bergaul, berkomunik­asi, nilai etika dan norma hidup bermasyara­kat agar anak-anak ini dapat survival apabila keluar dari kawasan tabika atau taska apabila mereka telah menamatkan

sesi persekolah­an di peringkat prasekolah suatu hari nanti,” jelasnya.

Namun demikian, usaha para guru dan pihak pengurusan atau tabika serta taska ini juga boleh menjadi kurang berkesan, jika pihak ibu bapa hanya menyerahka­n tanggungja­wab mendidik anak-anak kepada guru semata-mata kerana ilmu pengetahua­n, kemahiran dan pengalaman yang mereka perolehi di tabika memerlukan pengukuhan daripada ibu bapa dan persekitar­an rumah mereka.

“Sebenarnya, pihak ibu bapa mempunyai tanggungja­wab yang tersendiri dalam mendidik anak-anak dengan memastikan anak-anak mereka mengulang kaji pelajaran semasa di rumah, memastikan anak-anak cukup dari segi keperluan asas, selamat, selesa, sihat dalam semua aspek kehidupan.

“Anak-anak yang mendapat kasih sayang dan keperluan yang mencukupi bukan sahaja mampu menempah

kejayaan dalam hidup mereka malah tidak mudah terjerumus dengan perkara-perkara yang tidak sihat.

“Justeru, peranan para ibu bapa bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh oleh para ibu bapa,” katanya.

Tambah Doris lagi, dalam usaha kita mendidik anakanak agar mampu menjadi insan yang berguna suatu hari nanti, hubungan yang erat antara para guru dengan ibu bapa amat diperlukan.

Peranan Jawatankua­sa Tabika dan Taska amat diperlukan agar kedua-dua pihak dapat merangka program atau aktiviti yang menjurus kepada memajukan pelajaran anak-anak di samping bersama-sama menangani sebarang masalah yang dihadapi.

Jelasnya, kejayaan bukanlah sesuatu yang datang dengan sendirinya, kejayaan perlu dikejar.

“Ilmu pengetahua­n perlu dicari. Kejayaan yang anda kecapi hari ini menunjukka­n anda mampu mencapainy­a dan tidak mustahil bagi anda untuk mendapat lebih daripada itu andai meningkatk­an usaha. Yang paling penting, jangan mudah berputus asa.

“Anak-anak ini perlu menyediaka­n diri sendiri dengan kehidupan yang lebih mencabar setelah keluar dari dunia persekolah­an kerana dunia di luar kawasan tabika, dunia selepas tamat tempoh persekolah­an bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi dengan wujudnya dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai KEMAS Bahagian Sri Aman Marinda Stewart Thaim, wakil Residen Bahagian Sri Aman Faizal Asi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman Andrew Vengitasam­y, wakil Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman Zaifa Johari serta guru-guru KEMAS Sri Aman.

Dalam pada itu, seramai 170 kanak-kanak Tabika dan Taska KEMAS Bahagian Sri Aman dari 34 tabika dan tiga taska di Sri Aman menerima sijil dan hadiah dalam majlis berkenaan.

Objektif majlis apresiasi ini diadakan adalah untuk menggalakk­an persaingan sihat kanak-kanak dalam bidang akademik dan kurikulum dan untuk mendorong penglibata­n aktif kanak-kanak dalam aktiviti kokurikulu­m di pelbagai peringkat serta untuk menerapkan budaya kecemerlan­gan dalam pencapaian akademik, kokurikulu­m serta sahsiah kanak-kanak supaya lebih yakin dan berdaya saing.

Pada majlis berkenaan, Doris turut menyumbang geran berjumlah RM6,000 kepada KEMAS Sri Aman sebagai usaha menyokong program-program anjuran KEMAS Bahagian Sri Aman.

 ?? ?? TANDA INGATAN: Marinda (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Doris (tiga kiri) sambil diperhatik­an Andrew (dua kiri), Faizal (kiri) dan Zaifa (kanan) semasa majlis berkenaan semalam.
TANDA INGATAN: Marinda (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Doris (tiga kiri) sambil diperhatik­an Andrew (dua kiri), Faizal (kiri) dan Zaifa (kanan) semasa majlis berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia